ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 7 November 2022.


1. PRU15: Calon-calon parti bertanding diberi ruang dalam laporan media - Annuar

Calon-calon parti bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diberi ruang yang secukupnya dalam pelaporan media kerajaan dan swasta.



2. PRU15: 'Mana bukti saya berunding dengan Zahid?' - Anwar Ibrahim

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan wujud pakatan atau rundingan dirinya bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi membentuk kerajaan bersama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


3. Abdul Hadi dedah pernah jumpa Tun M untuk jatuhkan BN

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau pernah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbincang tentang menjatuhkan BN.


4.PRU15: Ramanan cabar KJ perjelas isu ECM Libra

Calon Pakatan Harapan (PH) Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan mencabar calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin untuk menjelaskan beberapa kontroversi yang didakwa ada kaitan dengannya.


5. [LAPORAN KHAS] SMK Suria Jaya masih terbengkalai, kini lubuk 'mat gian'

Hasrat penduduk di Parit Yaani mengidamkan sebuah sekolah buat anak-anak mereka memperoleh pendidikan terus tinggal sebagai mimpi.


6. PRU15: 'Ekonomi negara pulih bawah PH' - Anwar Ibrahim

Ekonomi negara yang digambarkan dalam keadaan hambar pada saat ini boleh dipulihkan kembali sekiranya ditadbir urus dengan baik.


7. PRU15: Manifesto BN janji pendidikan awal percuma, semua pelajar B40 dapat komputer riba

Barisan Nasional (BN) berjanji untuk menyediakan sistem asuhan dan pendidikan awal nasional percuma kepada semua kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah.


8. PRU15: Jamal Yunos buat laporan polis poster fitnah tular

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos membuat laporan polis berhubung pemimpin politik memuat naik semula poster papan iklan yang digunakan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 2016, di media sosial.


9. #SuaraMalaysia: Kalau hujan macam mana? Majoriti tetap mahu keluar mengundi

Daripada 2,143 responden yang mengikuti kaji selidik #SuaraMalaysia, didapati 75 peratus berkata mereka tetap akan keluar mengundi, 14 peratus berkata tidak dan 11 peratus berkata tidak pasti.


10. [LAPOR LANGSUNG] Gelanggang PRU15 sudah dibuka, calon penuh ada di sini

Ikuti semua laporan Astro AWANI berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di sini.