ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 November 2022.
1. PRU15: Polis siasat dakwaan calon PN ceramah berunsur fitnah
Polis Perak membuka kertas siasatan berhubung dakwaan calon Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol Razman Zakaria menyampaikan ceramah berunsur fitnah dan berniat jahat terhadap Pakatan Harapan (PH).
2. PRU15: Tuan Ibrahim sangkal dakwaan Rafizi, tak pernah lulus projek dalam tempoh kerajaan sementara
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal dakwaan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli bahawa beliau dalam proses meluluskan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion.
3. PRU15: Peter Anthony akan fail petisyen bantahan kes kekecohan Tenom
Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat Datuk Peter Anthony akan membuat petisyen bagi membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya pusat menolak pencalonan beliau pada 5 Nov lalu.
4. Hantaran video bersifat sumbang, Vida mengaku tidak bersalah
Ahli perniagaan terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang menerusi satu klip video April lepas.
5. Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen Ampang Park ditutup sementara
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park kini telah ditutup kepada pengguna sehubungan masalah siistem pemanduan automatik di stesen LRT Ampang Park.
6. PRU15: Kerajaan timbang cadangan cuti khas sebelum hari mengundi - PM
Cadangan pemberian cuti khas sebelum hari pengundian bagi memudahkan pergerakan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dipertimbangkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
7. Sistem VAR: MFL setuju tetapi mahu mutu pengadil ditingkatkan
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bersetuju dengan inisiatif pembaharuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memperkenalkan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga tempatan musim depan.
8. PRU15: Manifesto BN bukan gula-gula kepada rakyat - Mohamad
Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan gula-gula kepada rakyat tetapi merupakan perancangan dan daya usaha untuk memajukan Malaysia, kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.
9. Rogol anak tiri: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 15 tahun warga emas
Ini selepas warga emas itu, seorang pemandu buggy yang telah bersara, gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara.
10. [LAPOR LANGSUNG] PRU15: 'Saya dan Zahid tiada masalah' - Ismail Sabri
Astro AWANI mengumpulkan semua laporan berkaitan PRU15 untuk memudahkan rujukan pembaca.
Astro Awani
Tue Nov 08 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 November 2022.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.