ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 November 2022.
1. PRU15: 'Rakyat boleh tuntut lebih satu manifesto jika kerajaan campuran terbentuk'
Rakyat boleh menuntut pelaksanaan lebih daripada satu manifesto gabungan atau parti politik sekiranya kerajaan campuran terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
2. PRU15: Pulau Pinang negeri ketiga isytihar cuti umum 18 Nov ini
Pulau Pinang isytihar cuti umum pada 18 November ini bagi membolehkan pengundi pulang ke negeri masing-masing untuk mengundi keesokan harinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
3. PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin UMNO akan kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya jumlah pengundi keluar mengundi pada 19 November ini tinggi.
4. PRU15: Mujahid isytihar harta RM2.54 juta, miliki dua kondo
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mujahid Yusof mengisytiharkan hartanya bernilai RM2.54 juta.
5. Kematian bekas menantu Zahid: Denda pakar pergigian kekal
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis mengekalkan hukuman denda RM220,000 terhadap Imperial Dental Specialist Centre Sdn Bhd berhubung kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang ketika itu menantu bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, enam tahun lalu.
6. Tubuh Zamani tidak lagi 'melengkung', tulang belakang berjaya dibetulkan
Penderitaan Zamani bertubuh ‘melengkung’ sudah berakhir apabila pembedahan membetulkan tulang belakangnya akibat penyakit scoliosis berjaya.
7. PRU15: "Fitnah, kenyataan tular itu palsu" - Hishammuddin nafi berkempen dalam kem tentera
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan ada berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di dalam kem tentera seperti dakwaan yang tular di laman sosial.
8. PRU15: PM setuju agih komputer riba percuma pada M40 - Zahid Hamidi
Pemberian komputer riba secara percuma akan turut diperluas kepada pelajar anak golongan M40 sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
9. Klang mula dilanda banjir kilat susulan hujan lebat
Beberapa kawasan di Klang dinaiki air pada Khamis selepas hujan ribut bermula kira-kira jam 2 petang.
10. PRU15: Banjir di Selangor, tindakan bubar Parlimen adalah langkah silap - MB
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, menegaskan banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri itu membuktikan tindakan membubarkan Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah silap.
Astro Awani
Thu Nov 10 2022
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 November 2022.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 Disember 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Disember 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Ogos 2022.