ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 14 November 2022.

1. Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden letupan di Istanbul

Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, Turkiye mengesahkan setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia menjadi mangsa letupan bom di Jalan Istiklal, Taksim, pada Ahad.

2. PRU15: Zahid jadi PM hanya mainan parti lawan - Ismail Sabri

Parti lawan tiada modal politik dan terpaksa mengitar tohmahan kononnya Ahmad Zahid Hamidi bakal diangkat jadi perdana menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang PRU15.

3. PRU15: Saya Bapa PKP? Anwar patut berterima kasih kerana kita selamat - Muhyiddin

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya berterima kasih kepada kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini sehingga wabak COVID-19 ketika ini berjaya dikawal.

4. PRU15: Kerajaan Persekutuan tidak mampu berdiri sendiri tanpa GPS - Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kehadiran GPS akan membentuk sebuah kerajaan yang lebih stabil dan bertanggungjawab.

5. PRU15: BN dan GPS sedang bercinta, tak lama lagi akad nikah - Ismail Sabri

Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Sarawak hari ini membayangkan kedua-dua pucuk kepimpinan itu selesa untuk membentuk kerjasama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

6. PRU15: Razman tegaskan beliau tidak akan minta maaf kepada Anwar

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu baru-baru ini.

7. PRU15: Pilih calon, parti yang punya rekod baik - Hishamuddin

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan mengundi pada hari pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

8. RM46 juta milik Najib dicuri - Peguam

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa RM46 juta milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disimpan di sebuah unit di Pavilion Residences di sini, dicuri.

9. PM umum 18, 19 November cuti umum sempena PRU15

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan Jumaat dan Sabtu ini diisytiharkan sebagai hari pelepasan am bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

10. Irwan akui terima elaun RM500,000 daripada 1MDB

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau menerima bayaran berjumlah RM521,774 daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi dua cek pada 2013 dan 2016.