ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Disember 2022.


1. Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram

Bekas Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini dibebaskan daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.



2. Siti Bainun gagal dapatkan rakaman percakapan saksi

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali gagal dalam permohonan untuk mendapatkan rakaman percakapan 15 saksi yang ditawarkan pihak pendakwaan.


3. Bung Moktar, Zizie Izette gagal semak keputusan bela diri

Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad hari ini gagal dalam permohonan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.


4. Sah! Annuar Musa lucut keahlian UMNO

Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, dua Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran dan Arau dilucutkan keahlian.


5. Kes saman SRC: Najib diberi kebenaran keluar notis pihak ketiga terhadap bekas pengarah SRC

Enam individu itu ialah Datuk Suboh Md Yassin, Nik Faisal Ariff Kamil, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar.


6. 'Jangan kecewakan akar umbi yang setia' - Hishammuddin

Menurut Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, ahli akar umbi banyak mengusahakan kelangsungan dan masa depan parti sekali gus memperjuangkan penerimaan rakyat terhadap BN.


7. Anak Najib mohon Anwar benarkan siaran langsung perbicaraan bapa

Nooryana Najwa Najib memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membenarkan perbicaraan melibatkan bapanya, Datuk Seri Najib Tun Razak disiarkan secara langsung menerusi penstriman dalam talian.


8. Pengangguran turun ke paras terendah sejak pandemik COVID-19 pada Oktober

Pengangguran dalam negara turun ke paras terendah sejak pandemik COVID-19 dengan merekodkan 602,000 orang pada Oktober berbanding 605,000 orang pada September lepas.


9. Kerajaan terus konsisten perangi rasuah - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan kerajaan akan terus konsisten dengan usaha memerangi rasuah di negara ini.


10. Ahmad Maslan di Kementerian Kewangan, ini senarai timbalan menteri diumum PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini mengumumkan senarai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan pimpinannya.