ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Disember 2022.


1. Johari Abdul dipilih sebagai Speaker baharu Dewan Rakyat

Bekas ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu menggantikan Tan Sri Azhar Azizan.



2. Kedudukan kerusi ahli Parlimen kerajaan di Dewan Rakyat

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkongsikan kedudukan sebahagian ahli Parlimen kerajaan di Dewan Rakyat yang bakal mula bersidang buat pertama kali pada Isnin selepas pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


3. [LAPOR LANGSUNG] Cuaca mendung, operasi SAR sembilan lagi mangsa diteruskan

Memasuki hari keempat, operasi mencari dan menyelamat sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali diteruskan hari ini.


4.  Tiga beradik maut terkena renjatan elektrik

Tiga beradik perempuan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di kawasan rumah mereka yang ditenggelami air di Kampung Morak, di Tumpat pada Isnin.


5. Dewan Rakyat lulus undi percaya kepada PM Anwar

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul undi percaya kepada keabsahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui undi suara majoriti.


6. "Jangan jadi batu ronson" - Speaker Dewan Rakyat beri amaran kepada Ahli Parlimen

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul memberi amaran kepada Ahli Parlimen agar tidak menjadi 'batu ronson' sehingga boleh menimbulkan kekecohan sepanjang persidangan.


7. Jangkitan darah mungkin punca bayi tiga bulan meninggal dunia dalam bas

Kes kematian bayi berusia tiga bulan yang meninggal dunia di dalam bas pada 4 Disember lalu berkemungkinan akibat jangkitan darah (sepsis) dengan komplikasi jangkitan selaput otak (meningitis).


8. Banjir Terengganu: Besut lumpuh, terputus hubungan - Bomba

Keadaan banjir di Besut kini semakin buruk dengan semua jalan menuju ke daerah itu terpaksa ditutup kerana ditenggelami air.

9. Tanah runtuh Batang Kali: Pengarah Bomba Selangor diserang 'minor stroke'

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dimasukkan ke hospital selepas diserang 'minor stroke' atau strok ringan dipercayai akibat keletihan.

10. IDEAS bimbang klausa peletakan jawatan automatik dalam Perjanjian Persefahaman

IDEAS ingin menyatakan kebimbangan terhadap klausa peletakan jawatan secara automatik dalam Perjanjian Persefahaman (MoU) Kerajaan Perpaduan, iaitu Ahli Parlimen daripada parti gabungan dianggap telah meletakkan jawatan mereka sekiranya mereka mengundi mengikut kehendak mereka dalam mana-mana perkara prosedur di Parlimen.