ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 Disember 2022.

1. Pemilihan UMNO: Semua jawatan perlu dipertandingkan demi maruah parti - Muqharabbin

Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertandingkan dalam pemilihan parti tersebut yang dijadual berlangsung tahun depan, kata Exco Pemuda Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

2. [LAPOR LANGSUNG] Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR tamat jam 12 tengah hari

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini, yang bermula 16 Dis lepas, ditamatkan secara rasmi pada 12 tengah hari ini.

3. Gangguan air malam Krismas: Bacaan 0 TON tiga kali, bekalan air mula diagih secara berperingkat

Bacaan tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut direkodkan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pagi ini, membolehkan ia mula beroperasi semula.

4. Ada 'tenaga' luar biasa, permintaan terhadap makanan enak yang tinggi di Malaysia - Gordon Ramsay 

Bagi Gordon Ramsay, membuka sebuah lagi cawangan baharu di lokasi baharu memberi pengalaman berbeza, namun apa yang lebih mengujakan adalah sambutan penduduk setempat.

5. Banjir: Ikan kerapu hibrid mati, 32 penternak rugi lebih RM1 juta

Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Laguna Semerak Mustapa Bakar berkata kejadian dipercayai berlaku apabila air hujan (tawar) melimpah secara berlebihan ke kawasan laguna itu yang memiliki 2,100 petak sangkar ikan.

6. Semua jawatan dalam UMNO perlu dipertandingkan, tampil perubahan mahu dibawa - Penganalisis

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Sivamurugan Pandian berkata, perkara itu kini menjadi lebih penting ketika ini bagi menampakkan proses perubahan yang cuba dibawa UMNO, selain mewujudkan keabsahan kepimpinan dan perpaduan dalam parti.

7. Pengurusan kos sara hidup bukan tentang harga makanan semata-mata - Penganalisis ekonomi

Pengurusan kos sara hidup bukan tertumpu kepada soal mengurangkan beban pengguna tentang harga makanan seperti ayam dan telur semata-mata, kata penganalisis ekonomi Prof Madya Mohd Yusof Saari.

8. Nadma keluar amaran kemungkinan banjir kilat di Sabah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengeluarkan amaran kemungkinan banjir kilat di beberapa lokasi di Sabah dalam tempoh 12 jam.

9. Tanah runtuh Batang Kali: Mayat mangsa terakhir dikenal pasti - Nadma

Identiti mayat mangsa terakhir dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali yang ditemukan semalam sudah dikenal pasti.

10. Bekalan air bersih tiada, penduduk guna air banjir untuk keperluan harian

Nasib penduduk di Kampung Kolam, Gelang Mas di sini, diibaratkan seperti ‘sudah jatuh ditimpa tangga’, apabila menyaksikan rumah dan harta benda rosak, ditambah pula dengan ketiadaan bekalan air bersih pada fasa pascabanjir ini.