ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mac 2023.

1. "Kenyataan Guan Eng tidak menyentuh langsung intipati kenyataan saya" - Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan, kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkaitan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary tidak menyentuh langsung berkenaan intipati yang disebut beliau sebelum ini.

2. Banjir Johor: Pekebun kecil terjejas akan terima bantuan alatan baharu - Fadillah

Pekebun kecil industri komoditi yang dikenal pasti terkesan berikutan banjir di Johor akan menerima bantuan bagi menggantikan peralatan rosak atau hilang akibat bencana itu.

3. Kerajaan Perpaduan akan bersihkan negara daripada keterlanjuran 'perompak' - PM Anwar

Kerajaan Perpaduan ketika ini sentiasa serius dalam menangani isu ketirisan dan penyelewengan dana awam yang bertujuan untuk memperkayakan segelintir pihak, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

4. Ahmad Fayhsal umum lepas jawatan Ketua Armada Bersatu

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengumumkan tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya ketika ini pada pemilihan akan datang.

5. Pendakwaan Muhyiddin: 'Jawab pertuduhan di mahkamah' - Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memberi tumpuan kepada kes beliau termasuk menjawab segala pertuduhan terhadapnya di mahkamah.

6. Kes bekas pegawai kanan tinggi polis, isteri dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya

Kertas siasatan berhubung kejadian melibatkan seorang bekas pegawai kanan tinggi polis dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial baru-baru ini telah dihantar dan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

7. Perhimpunan solidariti Muhyiddin: Penganjur, penyokong akan dipanggil - Polis

Polis telah mengenal pasti penganjur dan beberapa individu yang menganjurkan perhimpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Khamis lepas.

8. KPM sedia 18 inisiatif bantuan untuk pelajar terkesan banjir

Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyediakan 18 inisiatif bantuan kewangan khususnya untuk pelajar terkesan banjir, kata Menterinya Fadhlina Sidek.

9. PM Anwar saran majlis selawat, munajat diterap seluruh negara untuk fahami Islam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar majlis selawat dan munajat sentiasa diterapkan di seluruh negara bagi meningkatkan ilmu dan kefahaman mengenai Islam.

10. MPT Bersatu tolak peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Presiden

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara menolak perletakan jawatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti itu.