ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mac 2023.

1. Noraini atasi Shahrizat, pertahan jawatan Ketua Wanita UMNO

Datuk Noraini Ahmad mempertahan jawatan Ketua Wanita UMNO dalam saingan pemilihan sayap menewaskan pencabarnya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

2. Kumpulan Radja terima ancaman bunuh selepas konsert di Larkin

Kumpulan berkenaan telah didatangi dua individu lelaki mewakili pihak penganjur sebelum dilemparkan kata-kata kesat dan ancaman bunuh.

3. Cedera dipijak pegawai kanan imigresen

Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengalami kecederaan selepas dipijak pegawai kanan jabatan sama di Depot Imigresen Sementara, Bidor pada Khamis.

4. Muhyiddin cabar SPRM dakwa Anwar, Zahid

Menurutnya, suruhanjaya itu perlu menyiasat kedua-dua pimpinan tertinggi negara itu dan bukannya membuat pendakwaan terpilih terhadapnya dan Bersatu.

5. Asyraf Wajdi dilantik Pengerusi MARA

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

6. Pemanggil wanita mengilai ketika ke udara bukan taktik 'marketing' - Fazziq Muqris

Penyampai Radio Era, Fazziq Muqris menolak dakwaan bahawa panggilan misteri seorang pemanggil wanita yang mengilai di akhir perbualan sebagai satu taktik 'marketing'.

7. 'Road to Gold' bantu atlet buru emas pertama Olimpik

Atlet negara menerima lonjakan semangat baharu dengan pembentukan pasukan projek Road to Gold sebagai satu program sokongan dalam usaha meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik.

8. Saya sedia disiasat bila-bila masa - Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaannya untuk disiasat mana-mana pihak atau pada bila-bila masa.

9. Muhyiddin akan didakwa lagi esok di Mahkamah Shah Alam

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung wang dalam akaun parti Bersatu.

10. Larangan ahli politik ceramah di masjid, surau bantu redakan suhu politik - Fahmi

Tindakan beberapa negeri menguatkuasakan larangan kepada mana-mana ahli politik untuk mengadakan ceramah atau kuliah di masjid dan surau dilihat mampu membantu meredakan suhu politik negara.