ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Jun 2023.

1. Calon BN Sungai Kandis: Zafrul serah keputusan pada kepimpinan UMNO

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan UMNO dalam meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor akan datang.

2. PRN: MUDA bergerak solo kerana disisihkan Anwar, Pakatan Harapan - Syed Saddiq

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendakwa, disisihkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjadi sebab mengapa parti itu mahu bergerak secara solo dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN).

3. Suami isteri ditahan edar dadah lebih 10kg, nilai setengah juta ringgit

Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai jenis bahan itu yang dianggarkan seberat lebih 10 kilogram (kg) dengan nilai setengah juta ringgit di Ipoh, pada Isnin.

4. Kerajaan mahu gaji rakyat naik secara berkala, setimpal dengan kos sara hidup - Rafizi

Menteri Ekonomi berkata, fokus kerajaan sekarang ialah membangunkan kerangka Dasar Gaji Progresif bersama-sama Kementerian Sumber Manusia untuk pertumbuhan gaji yang lebih sekata dan inklusif.

5. Isu Constantinople: "Itu hanya metafora, Guan Eng seperti budak-budak" - Sanusi

Menurut beliau, Ahli Parlimen Bagan itu tidak memahami konteks, maksud dan justifikasi sebenar penyampaiannya yang berbentuk bahasa kiasan atau metafora.

6. PRN: 'Saya tidak bertanding, tetapi aktif sokong gerakan Melayu' - Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

7. Pesakit ketumbuhan otak agresif, adik Luth meninggal dunia

Kanak-kanak yang berdepan penyakit ketumbuhan otak agresif tahap empat, Glioblastoma Multiforme, Luth atau nama sebenarnya Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff dilaporkan meninggal dunia hari ini.

8. QS World Rankings: UM naik lima anak tangga, kekal terbaik di Malaysia

Universiti tertua negara itu juga merupakan satu-satunya universiti tempatan yang disenaraikan dalam 100 terbaik di peringkat dunia, naik lima tempat ke tangga ke-65.

9. Pindaan kepada undang-undang pencen kini tidak terpakai kepada pesara kerajaan - Peguam

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan undang-undang pencen yang dipinda sebagai terbatal dan tidak sah.

10. Sultan Johor terima menghadap Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.