ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Julai 2023.


1. Kesal kenyataan biadab di Twitter, PM Anwar arah Zaki Yamani mohon maaf

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang berkongsi ciapan berhubung keadaan kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang merosot dan kini sedang dirawat di hospital.



2. Lelaki pandu kereta klon diberkas polis

Seorang pemuda yang dipercayai memandu kereta klon diberkas selepas melarikan diri lebih 100 kilometer daripada pihak polis.


3. Dua lagi jemaah haji negara meninggal dunia

Dua jemaah haji lelaki meninggal dunia Jumaat lepas (30 Jun), menjadikan keseluruhan empat jemaah haji negara meninggal dunia setakat ini.


4. Wanita anak tiga maut ditikam bekas suami

Cemburu dipercayai menjadi motif seorang wanita berusia 42 tahun maut ditikam bekas suaminya dalam satu kejadian di Taman Desa Darulnaim, Kubang Kerian, sekitar jam 3 pagi tadi.


5. Sarjan polis ditemukan maut dengan kesan tembakan di IPD Rembau

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa dikatakan maut dengan kesan tembakan di bahagian kepala di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD berkenaan.


6. Nilai aset kerajaan Persekutuan melebihi RM1 trilion setakat ini - Ahmad Maslan

Nilai aset kerajaan Persekutuan setakat ini adalah melebihi RM1 trilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.


7. Agong, Permaisuri selamat tiba dari tanah suci

Pesawat khas membawa Seri Paduka berdua dan delegasi tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 1.10 tengah hari tadi.


8. Hadi Awang dibenar keluar hospital

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, telah dibenarkan pulang ke rumah pada jam 2 petang tadi.


9. Dakwaan rasuah di KLIA: PM beri jaminan siasatan rapi akan dijalankan

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Facebook rasminya menegaskan isu tersebut juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini.


10. Menara ikonik Melaka tersangkut, 36 pengunjung berdepan detik cemas

Seramai 36 pengunjung termasuk lapan kanak-kanak dan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang menaiki Menara Taming Sari di Banda Hilir, berdepan detik cemas apabila menara berputar setinggi 110 meter itu mengalami kerosakan.