ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Julai 2023.

1. Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta

Ahli perniagaan yang juga pempengaruh, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menuntut seorang bekas menteri bergelar Tan Sri untuk menjelaskan hutang berjumlah puluhan juta kepadanya.


2. 6 Negeri Memilih: Mesyuarat Khas SPR pada Rabu ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada Rabu (5 Julai) berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri.


3. Zaki Yamani mohon maaf kepada Hadi Awang

Individu yang tular dengan ciapan biadab mendoakan kematian Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, tampil membuat permohonan maaf.


4. Dakwaan rasuah KLIA: Anwar akui segelintir penguat kuasa Imigresen masih amal 'sistem lama'

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud segelintir penguasa Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang masih mengamalkan sistem dan amalan lama, dipercayai mengandungi unsur rasuah.


5. Tragedi kepala air Jeram Air Putih: 'Hanya 6 mayat sekeluarga ditemui, bukan 9' - Polis

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan, berkata kekeliruan timbul disebabkan masalah komunikasi berikutan lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang terletak jauh di dalam hutan.


6. King Sing perjelas isu KLIA di Mesyuarat Kabinet Rabu ini - Ahmad Zahid

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah bersemuka secara peribadi dengan Ahli Parlimen Bintulu tersebut selain perbincangan bersama beberapa pihak berkuasa terlibat juga sedang dilakukan.


7. Tikam bekas isteri hingga maut, lelaki direman tujuh hari

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata lelaki berusia 51 tahun itu direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


8. Tragedi kepala air Jeram Air Putih: Cuaca gelap, operasi SAR ditangguhkan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat lagi mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman ditangguhkan hari ini, dan akan disambung pagi Selasa.


9. Kekecohan di KLIA: Tiada kelibat Tiong King Sing di SPRM

Malah, individu warga China yang dikatakan akan dibawa bersama King Sing untuk hadir ke SPRM juga tidak kelihatan.


10. Perluas Projek Bitara Madani, tingkat kualiti penyampaian perkhidmatan awam - PM Anwar

Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) diminta melaksana dan memperluaskan segera Projek Bitara MADANI termasuk memberi fokus kepada penyelesaian terhadap kesulitan dan masalah yang dihadapi rakyat.