ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Julai 2023.


1. SPRM buka 156 kertas siasatan kes berprofil tinggi setakat 8 Jun, 60 peratus libatkan ahli politik

Sebanyak 156 kertas siasatan membabitkan kes berprofil tinggi dibuka Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari 2020 hingga 8 Jun lalu.



2. PRN: Hari mengundi 12 Ogos, penamaan calon 29 Julai - SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, serta Terengganu.


3. 'Ini hidup mati Le Tour de Langkawi' - Abu Samah

Perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) berdepan kemungkinan tidak dapat dianjurkan pada tahun depan susulan tunggakan hutang kepada lima pasukan.


4. Pertemuan Tun M tak sentuh Proklamasi Orang Melayu - Muhyiddin

Pertemuan di antara dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah bagi mengukuhkan perpaduan orang Melayu.


5. KDN serah nama pegawai JPN didakwa minta sogokan kepada SPRM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyerahkan nama seorang pegawai Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) yang dipercayai terlibat meminta sejumlah wang yang besar untuk kelulusan permohonan warganegara.


6. Kecoh di KLIA: SPRM mula siasatan penuh, syarikat urus penghantaran pulang diteliti semula

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan penuh berhubung dakwaan berlakunya kegiatan rasuah di pintu masuk negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


7. 'Help Desk' di pintu masuk negara untuk tangani masalah komunikasi - Saifuddin

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan "Help Desk" yang menempatkan pegawai yang boleh bertutur dalam bahasa asing di pintu masuk negara.


8. PRN: UKEC dakwa VoteMalaysia sudah sesat, umum tarik diri

Majlis United Kingdom dan Eire (Ireland) bagi Pelajar Malaysia (UKEC) memutuskan untuk menarik diri daripada Gabungan VoteMalaysia berkuat kuasa serta-merta.


9. Kecoh di KLIA: SPRM sudah kenal pasti ejen minta rasuah RM18,000

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal pasti individu yang dipercayai menjadi ejen membawa masuk warga China semasa insiden kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.


10. CUEPACS cadang kenaikan dua peratus pencen pesara kekal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kenaikan pencen pesara kerajaan sebanyak dua peratus setiap tahun dikekalkan sehingga kerajaan melaksanakan pelarasan gaji baharu penjawat awam.