ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Julai 2023.

1. Ahli, bekas ahli UMNO undi PN satu pengkhianatan besar - Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli UMNO dan bekas ahli parti itu supaya tidak sama sekali memberikan undi mereka kepada Perikatan Nasional (PN).


2. Melaka bantah penganjuran 'ratu pondan' - Exco

Melaka menegaskan tidak akan membenarkan sebarang penganjuran acara peragaan ‘ratu pondan’ yang didakwa bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di negeri ini.


3. Majoriti pengundi Kelantan tak puas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri - Rafizi

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa majoriti pengundi di Kelantan tidak berpuas hati dengan pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir Pas melalui hasil dapatan kajian pada Mei lepas.


4. Amalkan konsep tabayyun sebelum kongsi maklumat - Anwar

Amalan konsep tabayyun penting untuk menyemak atau memeriksa sesuatu perkara sebelum disebarkan kepada individu lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


5. Kerajaan ambil langkah proaktif bantu rakyat, pastikan tiada ketinggalan - Anwar

Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah proaktif bagi memastikan kehidupan rakyat berada di tahap yang selesa.


6. Kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus dibatalkan? Ini jawapan Jawi

Kuliah penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak di ibu negara yang dijadual berlangsung malam ini bukan dibatalkan, sebaliknya ditangguhkan.


7. Pentauliahan agamawan, ulama di bawah perkenan Raja-Raja Melayu, bukan kuasa PM

Pemberian tauliah kepada tokoh agamawan dan ulama Islam di negara ini adalah di bawah perkenan Raja-Raja Melayu dan bukan kuasa Perdana Menteri seperti yang didakwa oleh segelintir pihak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


8. Tiada arahan halang, padam kandungan TikTok Sanusi - MCMC

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak menerima sebarang arahan untuk menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.


9. Curi unsur nadir bumi: 'Saya alu-alukan saman Sanusi'- Saifuddin

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengalu-alukan tindakan undang-undang termasuk laporan polis dan saman daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu kecurian unsur nadir bumi (REE).

10. Saya tidak pernah guna kuasa PM untuk khianati bangsa Melayu, agama Islam - Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah menggunakan kuasanya sebagai Perdana Menteri untuk mengkhianati bangsa Melayu dan agama Islam.