ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Julai 2023.
1. PRN: "Kalau Sanusi kalah, seluruh Malaysia kenal saya" - Khizri
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim berpendapat, beliau akan menjadi terkenal sekiranya penyandang kerusi itu, Datuk Muhammad Sanusi Md Nor dari Perikatan Nasional (PN) tewas di kawasan berkenaan.
2. Rapid Rail, PDRM buru lelaki cabul wanita, ceroboh trek Stesen LRT Maluri
Rapid Rail bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memburu seorang lelaki disyaki mengalami gangguan mental yang telah bertindak agresif menceroboh trek transit aliran ringan (LRT) dan cuba mencabul salah seorang penumpang wanita di Stesen LRT Maluri, pada Jumaat.
3. PRN: Mudah-mudahan menang - Muhyiddin
"Mudah-mudahan menang." Demikian ucapan ringkas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemui media di pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini hari ini.
4. PRN: Tok Mat, Anthony Loke dan 3 MB antara calon berdepan saingan satu lawan satu
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook antara nama besar yang berdepan pertandingan satu lawan satu.
5. PRN: 'Jangan sentuh 3R, mohon permit sebelum ceramah, kempen, walkabout' - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan semua parti politik agar memohon permit sebelum mengadakan sebarang kempen, ceramah mahupun walkabout.
6. Pertukaran 332 pegawai perubatan dilulus - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan rayuan permohonan penempatan 332 pegawai perubatan di seluruh negara dan perlu melapor diri pada 31 Julai ini.
7. Pemendekan tempoh perkhidmatan Haim Hilman berikutan laporan prestasi - KPT
KPT menafikan kenyataan yang dikeluarkan Haim Hilman menerusi media sosial berkenaan pemendekan tempoh pelantikannya.
8. "Mak terpaksa 'lepaskan' ayah kembali dalam politik" - Anak Tun Dr Ismail
Daripada Tawfik Ismail bapanya merupakan wira sejati yang rela berkorban dan mengetepikan kesihatan diri demi menyelamatkan negara selepas peristiwa berdarah 13 Mei.
9. PRN: 'Saya tidak lari, Hulu Kelang kampung saya' - Azmin Ali
Jelas Azmin ketika ditemui media, kawasan itu adalah tempat beliau membesar serta mendapatkan mandat dalam politik sejak tahun 1999.
10. PRN: Ahmad Zahid optimis Kedah, Terengganu boleh dimenangi BN-PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi optimis pentadbiran negeri di Terengganu dan Kedah akan dapat dikuasai gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Astro Awani
Sat Jul 29 2023
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Julai 2023.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.