ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Julai 2023.

1. "RM38 juta baiki Seri Perdana, yang memang dah cantik" - Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri telah memberikan keutamaan kepada perkara yang salah.


2. 'Ini adalah sogokan' - KJ

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa pengumuman geran kepada golongan belia di Terengganu oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu majlis pada Jumaat sebagai satu bentuk sogokan.


3. PRN: Selepas Sanusi, Azmin tolak, kini Rafizi cabar Mohd Syahir debat

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kali ini 'mencuba nasib' dengan mencabar Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman untuk berdebat dengannya mengenai hal ehwal ekonomi.


4. Bekas pemain bola sepak didakwa pecah rumah, miliki harta curi

Seorang bekas pemain bola sepak Liga Super dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pontian, di sini, pada Ahad, atas tiga pertuduhan pecah rumah dan menyimpan harta curi, pada Jun lalu dan awal bulan ini.


5. Rampasan RM38 juta, emas 200kg: Ahli politik, perniagaan dalam radar SPRM

Terdapat beberapa individu berprofil tinggi dalam radar SPRM untuk siasatan babit sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang haram serta pengurangan cukai tidak sah.


6. PRN: MUDA lapor polis dakwa ceramah Zahid ada unsur sogokan

Laporan polis itu dibuat wakil MUDA di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira jam 4 petang pada Sabtu.


7. Bagaimana REE dibawa keluar tanpa kelulusan dan pengetahuan MBI? - Saifuddin

Menurutnya, untuk sampai ke lokasi kejadian, sesiapa pun perlu melalui empat pagar keselamatan yang kesemuanya berpengawal.


8. PRN: Rafizi hantar surat jemputan debat kepada Mohd Syahir

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli telah menghantar surat pelawaan kepada Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman untuk berdebat mengenai hal ehwal ekonomi.


9. Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar

Pelantikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan dibuat selepas selesa PRN bulan depan.


10. Pengumuman peruntukan tiada kaitan dengan PRN - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pengumuman sejumlah peruntukan tidak ada kaitan dengan pilihan raya negeri (PRN).