ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Ogos 2023.


1. Debat Ekonomi: Cerakin, hadamkan isi hujah Rafizi dan Syahir 

Debat Model Ekonomi Baharu Malaysia antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman yang disiarkan secara langsung di Astro AWANI dan RTM nyata memberi perspektif yang segar kepada rakyat Malaysia. 



2. Ekonomi MADANI tangani tiga masalah kelemahan utama NEM - Rafizi

Terdapat tiga masalah utama dari Model Ekonomi Baharu (NEM) yang dilancarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2010, dilihat membelenggu pertumbuhan ekonomi hingga ke hari ini, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.


3. Debat Ekonomi: Dakwa PMX tiada hala tuju, Syahir bentang dasar Kestabilan Nasional

Menyifatkan pembentangan Ekonomi MADANI oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti tiada hala tuju, Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Sulaiman tampil membentangkan dasar yang disebut beliau sebagai Kestabilan Nasional.


4. Kerajaan usaha cari dana tampung penyelarasan gaji pekerja swasta - PM

Kerajaan sedang berusaha mencari dana untuk menampung sedikit bayaran bagi penyelarasan gaji pekerja sektor swasta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


5. "Curi hasil negara? Bilik saya di Sungai Buloh masih kosong" - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau sanggup memaafkan individu yang mengaibkan beliau, namun, tidak akan sesekali memaafkan mereka yang mencuri hasil negara.


6. PRN: Ramasamy umum keluar DAP, letak semua jawatan

Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Prof P Ramasamy ,74, mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu secara rasmi hari ini.


7. Peruntukan lebih tinggi bukti Kelantan tidak dianaktirikan - PM

Peruntukan yang lebih besar diberikan oleh Kerajaan Perpaduan kepada Kelantan membuktikan bahawa negeri itu tidak dianaktirikan.


8. Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Peguam Diraja UK wakili Najib

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Peguam Diraja dari United Kingdom, Jonathan Laidlaw untuk diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara bagi mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes jenayah SRC International Sdn Bhd (SRC).


9. KDN warta perintah larangan penerbitan berkaitan LGBTQ+ pada koleksi, jam Swatch

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan penerbitan berkaitan lesbian, gay, bisexual, transgender "queer" dan + Plus (LGBTQ+) pada jam jenama Swatch termasuk apa-apa koleksi kotak, pembalut dan aksesori berkaitan pada jam berkenaan.


10. PRN: "PH perlihatkan keikhlasan kepada BN, jentera wajib bantu PH menang" - Zahid

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan Pakatan Harapan (PH) memperlihatkan keikhlasan kepada Barisan Nasional (BN) di bawah Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.