ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 11 Ogos 2023.

1. PRN: GPS yakin PH-BN kembali tadbir Selangor - Fadillah

Gabungan Parti Sarawak (GPS) yakin gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan kembali mentadbir Selangor pasca Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

2. PRN: 'Isnin cuti jika PH-BN menang di Selangor' - Amirudin

Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) akan mengisytiharkan cuti peristiwa kepada seluruh rakyat Negeri Selangor pada 14 Ogos, jika gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung esok.

3. Hamzah dakwa wujud salah guna kuasa, kemuka surat tuntutan

Datuk Seri Hamzah Zainudin telah mengemukakan surat tuntutan terhadap tiga pihak susulan
dakwaan mengaitkan dirinya dengan kes rasuah RM15 juta membabitkan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Sim Choo Thiam.


4. Rayuan Najib gugurkan dua peguam Tommy Thomas ditolak

Datuk Seri Najib Razak gagal dalam rayuannya hari ini untuk menggugurkan dua peguam Tetuan Tommy Thomas daripada mewakili bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam kes saman RM1.9 juta yang dikemukakan oleh bekas perdana menteri itu.


5. PRN: SPR jangka peratusan keluar undi capai lebih 85 peratus

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu esok melebihi 85 peratus, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh.


6. Malaysia hasrat tingkat hubungan diplomatik, kukuh perkongsian strategik dengan China - PM

Malaysia berhasrat meningkatkan hubungan diplomatik dengan China bagi mengukuhkan perkongsian strategik antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


7. PRN: Mohd Amar enggan ulas isu tukar MB, Timbalan MB Kelantan

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah enggan memberi sebarang komen berkaitan keputusan Pas melakukan perubahan jawatan menteri besar dan timbalannya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan.


8. PRN: 'Trend pengundi muda diramal cenderung PN' - Ilham Centre

Kajian terbaharu Ilham Centre menunjukkan pola pengundian pengundi muda seperti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu dijangka kekal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.


9. PRN: Ramalan berdasarkan kajian Emir Research, keputusan PRN nanti 3-3

Firma penyelidikan Emir Research dalam kajiannya meramalkan bahawa blok gabungan parti Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) serta blok pembangkang Perikatan Nasional, masing-masing mampu menawan tiga negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.


10. Prestasi negeri yang ditadbir PH-BN amat baik - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menunjukkan prestasi yang sangat baik berbanding negeri-negeri lain.