ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 17 Ogos 2023.

1. Pemaju disaran bina lebih banyak perumahan berpendapatan rendah di bandar - PM

Menurut Perdana Menteri, golongan berpendepatan rendah tidak boleh disisihkan daripada arus pembangunan.


2. Rosmah dapat pasport ke Singapura, lawat anak sulung dijangka bersalin hujung bulan

Rosmah berkata sehingga ke hari ini beliau tidak pernah gagal atau cuai untuk hadir ke mahkamah.


3. Hentikan fitnah diulang-ulang - Amirudin

Datuk Seri Amirudin Shari menggesa pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah kononnya lebih 200 sekolah agama persendirian di negeri ini akan ditutup.


4. Pesawat terhempas Elmina: Mangsa terkorban bukan anak Jamaludin Jarjis

Seorang mangsa yang terkorban dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, hari ini, bukan anak bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.


5. 1,010 unit Residensi Wilayah, Residensi Prihatin MADANI ditawar kepada golongan M40, B40

Sebanyak 1,010 unit rumah mampu milik, iaitu Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin MADANI di Desa Tasik Sungai Besi di sini, bakal ditawarkan kepada kumpulan sasar M40 dan ke bawah yang belum memiliki kediaman.


6. Mahkamah putuskan permohonan Najib untuk gugurkan hakim dengan kes 1MDB esok

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan esok bagi memutuskan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah daripada prosiding pendengaran kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


7. Pasca-PRN: Anwar perlu pertimbang Tok Mat ganti Ahmad Zahid - Penganalisis

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mempertimbangkan cadangan agar Datuk Seri Mohamad Hasan menggantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menerajui UMNO dan memangku tugas Presiden UMNO sehingga Pilihan Raya Umum Ke- 16 (PRU16).


8. Didesak letak jawatan, Anwar saran Muhyiddin tumpu kes mahkamah

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin disaran untuk memberi tumpuan kepada kes-kes mahkamah yang dihadapinya berbanding mendesak pihak lain meletak jawatan.


9. Pesawat terhempas Elmina: Fokus pencarian adalah untuk mencari baki mayat terlebih dahulu - KPN

Fokus pencarian setakat malam Khamis adalah untuk mencari mayat mangsa nahas pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam terlebih dahulu.


10. KKD akan umum berita baik untuk pengamal media - Fahmi

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengumumkan berita baik buat pengamal media yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan tidak lama lagi, kata Menterinya Fahmi Fadzil.