ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 Ogos 2023.

1. Datuk K hadir di mahkamah, dijangka beri keterangan kes Zahid

Suami penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa hadir di Mahkamah Tinggi di sini pada jam 8.46 pagi Isnin.

2. Amirudin angkat sumpah Menteri Besar Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari selesai mengangkat sumpah Menteri Besar Selangor ke-16 di Istana Alam Shah, hari ini.

3. Nahas Elmina: Kotak hitam perakam suara kokpit berjaya dibuka - Anthony Loke

Kotak hitam perakam suara kokpit pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Elmina, telah berjaya dibuka Sabtu lalu, walaupun keadaan luarannya rosak teruk. 


4. Hina institusi raja: "Ke mana hilangnya budi bahasa?" - Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan ahli-ahli politik agar memelihara adab dan tatasusila meskipun berbeza haluan politik.


5. Pelaburan syarikat milik Elon Musk menguntungkan negara - PM Anwar

: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peluang pelaburan yang diberikan kepada syarikat milik Elon Musk bukan bermaksud menafikan peluang kepada syarikat tempatan.


6. Kes Zahid Hamidi: Akaun Yayasan Akalbudi disita, bayaran bina masjid tertangguh - Saksi

Proses pembinaan masjid dibuat pada Julai 2017, namun ia dihentikan seketika pada pertengahan 2018 kerana siasatan SPRM.


7. 10 Exco Selangor angkat sumpah, tampil tujuh muka baharu

10 Ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor (Exco) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin.


8. Tindakan afirmatif harus dilanjutkan daripada berasaskan kaum kepada keperluan - PM Anwar

Dasar tindakan afirmatif harus dilanjutkan daripada berasaskan kaum kepada berasaskan keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


9. SPR adakan mesyuarat PRK Pelangai pada Khamis

Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya juga telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan luar jangka membabitkan kerusi berkenaan.


10. Ahmad Zahid nafi khabar angin tujuh Ahli Parlimen BN akan kosongkan kerusi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan desas-desus bahawa terdapat tujuh Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) akan mengosongkan kerusi mereka.