ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Ogos 2023.
1. PRK: PH mungkin hilang Simpang Jeram jika undi BN beralih - KJ
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram jika terdapat peralihan sebanyak 70 hingga 80 peratus undi Barisan Nasional (BN) kepada Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya kecil (PRK) itu pada 9 September ini.
2. Apa makna di sebalik ucapan padu Khairul Aming di TikTok Awards Malaysia?
Ucapan kemenangan Khairul Aming selepas dinobatkan sebagai 'Creator Of The Year' dalam TikTok Awards Malaysia yang julung kali diadakan pada Ahad mengundang perbualan hangat di media sosial.
3. Medan SK318 Timi di Sarawak berjaya catat pengeluaran gas pertama
Petronas mengumumkan medan minyak Timi di Blok SK318, terletak kira-kira 200km di luar pantai Sarawak, telah berjaya mengeluarkan gas pertamanya pada 22 Ogos 2023.
4. UMNO gesa Jabatan Peguam Negara kaji semula pertuduhan terhadap Najib - Zahid
UMNO menggesa semua pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak dikaji semula, susulan tular memo yang didakwa daripada pasukan pendakwaan kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung tuduhan terhadap bekas perdana menteri itu.
5. Kes dadah Yasin: 19 beg plastik disahkan kanabis - Saksi
Seorang ahli kimia di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin mengesahkan bahawa, 19 beg plastik iaitu dua ketulan mampat dan 17 pokok dalam pasu yang diterima daripada anggota polis pada Mac tahun lalu, disahkan dadah jenis kanabis.
6. 1MDB: BNM syor denda RM23 juta, tapi Peguam Negara kurangkan kepada RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa bank pusat itu sebenarnya telah mengesyorkan penalti RM23 juta terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), namun Peguam Negara (AG) kemudian mengurangkan jumlah denda kepada RM15 juta.
7. Segerakan kaji kompentensi DUN gubal undang-undang syariah - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah satu jawatankuasa khas perlu segera ditubuhkan bagi membuat kajian yang mendalam dan kritikal tentang kompetensi Dewan Undangan Negeri-negeri untuk menggubal undang-undang Islam di bawah Enakmen negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah.
8. Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sekali lagi dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.
9. Lelaki disyaki ugut, hina PM ditahan - Bukit Aman
Polis mengesahkan seorang lelaki ditahan kerana disyaki mengugut dan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook.
10. Kerajaan setuju laksana inisiatif 'single window' perhebat fungsi syarikat pemula
Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) hari ini bersetuju melaksanakan inisiatif single window dalam menyelaras dan menyusun semula fungsi kerjasama merentasi agensi dan penggiat ekosistem syarikat pemula di negara ini.
Astro Awani
Mon Aug 28 2023
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Ogos 2023.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.