ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Oktober 2023.


1. 1MDB: PDRM mula siasat Roger Ng - KPN

PDRM akan memulakan siasatan ke atas bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1MDB.



2. Dewan Rakyat: Lihat keseluruhan temu bual CNN, bukan versi 'cut and paste' - PM Anwar

Menurut Perdana Menteri, terdapat unsur khianat pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting video wawancaranya bersama media antarabangsa itu baru-baru ini.


3. Keluarkan 'GEG tak masuk akal' dari RUU Kawalan Tembakau - Gagasan Belia

RUU baharu ini yang disifatkan sebagai 'tidak masuk akal' akan menyebabkan kemudaratan kepada masyarakat sejagat sekiranya diterima dalam bentuknya yang sedia ada.


4. Kerajaan setuju laksana semula PLKN, latihan di kem tentera, Pulapol

Kerajaan akan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan melalui modul berbeza berbanding sebelum ini.


5. Lanjut lagi, PAC dedah 5 kapal tempur LCS hanya akan siap pada 2029

Tempoh masa bagi pembinaan lima Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan dilanjutkan lagi kepada 83 bulan dan kesemua kapal terbabit akan diperoleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2029.


6. SPRM bongkar penipuanpembekalan beras bernilai RM100 juta

SPRM membongkar kegiatan penipuan oleh sebuah syarikat pembekalan di Kedah yang dipercayai menyebabkan kepincangan pengedaran dan penjualan beras di negara ini, sebelum ini.


7. 43 rakyat Malaysia mangsa sindiket Macau Scam diselamatkan di Peru

Seramai 43 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam berjaya diselamatkan polis Republik Peru pada 7 Oktober lalu.


8. #SuaraMalaysia: 76 peratus mahu harga barang jadi tumpuan dalam Belanjawan 2024

Sebanyak 76 peratus bersetuju harga barang perlu menjadi tumpuan dalam belanjawan kali ini.


9. MetMalaysia jangka jerebu tidak berpanjangan - Nik Nazmi

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan jerebu melanda negara ketika ini tidak akan berpanjangan memandangkan tiupan angin yang kerap berubah, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.


10. Kerajaan salur RM1 juta kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin

Kerajaan akan menyalurkan RM1 juta dana serta-merta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan Kementerian Luar, susulan konflik keganasan dan pertempuran di Semenanjung Gaza ketika ini.