ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Oktober 2023.

1. MYAirline gantung operasi, akui berdepan isu kewangan

Penggantungan tersebut akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

2. 'Tidak bertanggungjawab!', tindakan MYAirline jejaskan imej negara - Anthony

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membidas tindakan syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd yang menggantung operasi serta-merta tanpa notis awal pada Khamis.

3. 1MDB: Goldman Sachs pula ambil tindakan saman Kerajaan Malaysia

Mereka telah memfailkan permohonan timbang tara di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London pada Rabu, terhadap Kerajaan Malaysia.

4. 1MDB: Kerajaan Malaysia nafi dakwaan Goldman Sachs

Kerajaan menafikan semua dakwaan yang terkandung dalam permintaan untuk timbang tara daripada Goldman Sachs Group Inc (Goldman Sachs), berhubung perjanjian penyelesaian dalam skandal dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

5. Lima rakyat Malaysia di Gaza selamat, menunggu proses evakuasi - Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, lima individu itu termasuk seorang ibu bersama tiga orang anaknya.

6. Anwar duduki tangga ke-11 pemimpin, ahli politik Islam berpengaruh dunia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh dalam dunia.

7. Pematuhan operasi TikTok terhadap undang-undang Malaysia tidak memuaskan - Fahmi

Pematuhan operasi TikTok terhadap undang-undang Malaysia masih tidak memuaskan dan mesti diperbetul segera, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

8. 1MDB: Najib terima RM2.08 bilion wang haram daripada syarikat pelaburan Tanore - Pegawai polis

Seorang pegawai kanan polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa akaun Ambank milik Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima wang haram berjumlah AS$681 juta atau RM2.08 bilion daripada Tanore Finance Corporation (Tanore).

9. 1MDB: SPRM serah siasatan Roger Ng kepada PDRM - Azam Baki

Siasatan terhadap bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diserahkan kepada polis terlebih dahulu sebelum Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan sebarang siasatan.

10. Semua jawatan dalam PDRM sensitif - KPN

Semua jawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah sensitif kerana mana-mana sahaja anggota polis boleh menyalah guna kuasa dan terlibat dengan rasuah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.