ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Oktober 2023.

1. Pemandu rentung, kereta terbakar rempuh pembahagi tol di WCE

Seorang mangsa yang belum dikenal pasti identitinya rentung setelah kereta yang dipandunya merempuh pembahagi tol lalu terbakar dekat Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Sitiawan, dekat sini, lewat malam tadi.


2. McDonald's Malaysia 100 peratus entiti milik Muslim

Tindakan McDonald's Israel yang menyumbang makanan kepada tentera Rejim Zionis itu merupakan tindakan persendirian.


3. Ipoh bukan lagi 'bandar mati' - Datuk Bandar

Suatu ketika dahulu, Ipoh dianggap sebagai 'bandar mati' kerana dikatakan tiada lagi aktiviti perniagaan di waktu malam.


4. Keadaan terkawal, selamat di pusat beli-belah, hotel - MB Johor

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Ahad melawat pusat beli-belah dan hotel yang menerima panggilan ancaman bom pada Sabtu.


5. KPKT bertindak tegas isu bilik 'sangkar burung'

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan  akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis yang menyediakan bilik 'sangkar burung' jika gagal mengubah kembali kepada bentuk asal premis.


6. Tiga sekawan berdepan hukuman mati edar dadah lebih 4.7kg

Tiga sekawan dituduh di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad kerana mengedar dadah seberat 4.7 kilogram (kg) di Taman Setia Tropika dekat Johor Bahru pada awal bulan ini.


7. Dakwaan berniat jahat, burukkan imej SPRM - Azam Baki

SPRM tidak terlibat dalam tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim baru-baru ini.


8. 'Lembu dicucuk hidung' cubaan laga-lagakan Bersatu, Pas - Mohd Amar

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifatkan tindakan menggelar Bersatu sebagai 'lembu dicucuk hidung' oleh Pas merupakan cubaan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti itu.


9. 'Terima kasih Maryam, saya akan percepat selesaikan masalah tandas sekolah' - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan untuk meneliti dan mempercepatkan masalah tandas sekolah demi kesejahteraan anak-anak di sekolah.


10. Serangan Israel: Malaysia keluar arahan berjaga-jaga, pantau rapat keadaan rakyat di Lubnan

Kerajaan telah mengeluarkan arahan supaya Kedutaan Besar Malaysia di Beirut mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau keadaan rakyat di Lubnan susulan selatan negara itu yang turut menjadi sasaran rejim Israel.