ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Disember 2023.


1. Malaysia larang kapal Israel berlabuh dan mendarat di Malaysia - PM Anwar

Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM kini dilarang daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



2. Wanita maut ditetak dengan parang, suspek jatuh jambatan

Seorang wanita maut ditetak dengan parang oleh seorang lelaki dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth pada Selasa.


3. Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Pengerusi baharu TH

Tokoh korporat yang juga pengasas Kumpulan Perbankan RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Pengerusi baharu Lembaga Tabung Haji (TH) berkuat kuasa hari ini.


4. Dakwaan buli: Polis akan rakam keterangan, ibu bapa, rakan, pihak sekolah

Polis akan merakam percakapan ibu, bapa, rakan dan pihak sekolah berhubung dakwaan seorang remaja melarikan diri dari sebuah asrama di Cheras di sini, akibat dibuli berulang kali.


5. Tular harga sotong manis RM50 seekor

Seorang pengguna media sosial meminta orang ramai berhati-hati menjamu selera di sebuah restoran di pusat bandar Kota Kinabalu selepas dikenakan bayaran RM50 untuk seekor sotong dalam hidangannya.


6. Cemburu dipercayai motif lelaki tetak ibu saudara

Lelaki yang ditahan kerana menyerang dan menetak seorang wanita dengan parang sehingga maut di Raja Uda, Butterworth semalam dipercayai bertindak demikian kerana cemburu.


7. Ketidakwarasan: Mahkamah tolak pengakuan bekas pereka sambilan hendap jurugambar wanita

Mahkamah Majistret menolak pengakuan bersalah bekas pereka sambilan yang menjadi individu pertama didakwa atas kesalahan menghendap jurugambar wanita melalui aplikasi X, Julai lalu.


8. Luruan monsun dijangka sehingga Isnin, hujan berterusan di timur Semenanjung

Luruan monsun dijangka berlaku sehingga Isnin ini, yang berpotensi membawa hujan berterusan di timur Semenanjung, angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.


9. Kerajaan laksana kajian untuk perkukuh perundangan tangani jenayah dalam talian - Azalina

Kerajaan akan menjalankan kajian untuk mendapatkan satu keputusan dasar berhubung pindaan kepada perundangan sedia ada dan penggubalan undang-undang baharu mengenai prosedur dan kuasa bagi menangani aktiviti jenayah dalam talian secara komprehensif.


10. Pengarah JSJ Bukit Aman turun padang, tinjau perkembangan siasatan kes Zayn Rayyan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain hari ini turun padang meninjau perkembangan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman Damansara Damai di sini.