ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Februari 2024.
1. Tony Pua jangan biadab - Wan Rosdy
Tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mengeluarkan kenyataan biadab memperlekehkan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas sekali menghina sistem perundangan negara.
2. Doktor kontrak: KKM masih tunggu perincian skim baharu - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu perincian tentang pelaksanaan sistem kontrak baharu membabitkan penjawat awam, khususnya golongan doktor di negara ini.
3. Malaysia perlu wujudkan akta regulasi platform media sosial - Fahmi
Susulan peningkatan kes melibatkan keselamatan siber, privasi, hak cipta dan kandungan tidak bermoral di platform-platform media sosial, satu bentuk kawal selia dicadangkan diwujudkan di negara ini, kata Fahmi Fadzil.
4. 'Jangan samakan Klang dengan Colombia' - Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited dalam usaha memadamkan persepsi negatif orang ramai berkaitan bandar Klang yang sering disebut sebagai 'bandar Colombia' oleh sesetengah pihak.
5. KKM bakal ambil tindakan penjualan ‘energy stick’
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal mengambil tindakan segera berhubung penjualan produk penyedut hidung atau 'energy stick' di media sosial yang kononnya mampu memberi tenaga dan kesegaran kepada penggunanya.
6. Tiada gerakan jatuhkan Presiden UMNO - Khaled Nordin
UMNO menafikan dakwaan terdapat gerakan didalangi Ketua Bahagian untuk menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
7. Pengampunan Najib: Tony Pua disiasat di bawah Akta Hasutan, Akta SKMM - KPN
Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
8. 'Jangan ada lagi suara sumbang pertikai pengampunan Najib' - Asyraf Wajdi
UMNO dengan tegas tidak lagi mahu wujudnya suara sumbang mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan ke atas bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.
9. Sarjan trafik disiasat, miliki wang tunai RM3,753 ketika SJR
Seorang anggota polis berpangkat sarjan disiasat setelah didapati memiliki wang tunai berjumlah RM3,753 ketika terlibat dalam sekatan jalan raya (SJR) dekat sini pada Ahad.
10. Simptom perikarditis paksa Azizulhasni tarik diri acara pecut
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang terlepas peluang untuk menambah kilauan pingat pada Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Australia hari ini apabila terpaksa menarik diri daripada acara pecut akibat simptom perikarditis.
Astro Awani
Sun Feb 04 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Februari 2024.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.