ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Februari 2024.


1. Polis giat kesan warga asing gaduh guna tongkat di lebuh raya

Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian berlaku akibat ketidakpuasan suspek kerana dihalang ketika menggunakan laluan kecemasan.



2. Op Selamat 21: 44 kemalangan maut dalam tempoh tiga hari

Sebanyak 4,764 kes kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara dalam tempoh tiga hari Op Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024 bermula Khamis.


3. Warga Singapura hina Agong, Perlembagaan Malaysia boleh cetus huru-hara

Penghinaan itu dilakukan menerusi video berdurasi sembilan minit 47 saat yang tular dalam aplikasi WhatsApp sejak Jumaat.


4. Nik Elin terima banyak ugutan bunuh

Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid membuat tiga laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya baru-baru ini.


5. Komposer Ross Ariffin dapat rumah, bakal bekerjasama dengan RTM - Fahmi

Tiga tahun hidup sebagai gelandangan, komposer dan pemuzik, Ross Ariffin, 61, boleh menarik nafas lega apabila diberikan bantuan sebuah rumah bagi membolehkan dia menjalani hidup dengan selesa.


6. Jangan politikkan isu pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan- Zahid

Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 tidak perlu dipolitikkan.


7. Ugutan bunuh Nik Elin: PDRM minta bantuan SKMM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima tiga laporan daripada peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid berhubung ugutan bunuh yang diterimanya.


8. 'Razali hanya tin kosong peliharaan Muhyiddin' - Razeef

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris hanya sebagai ‘tin kosong’ yang dipelihara oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


9. Pusat mengundi Pemilu 2024 di Kuala Lumpur terbesar di dunia - Duta Indonesia

Pusat mengundi di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini bagi warga Indonesia di perantauan sempena Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 pada Rabu depan (14 Feb) merupakan yang terbesar di dunia, kata Duta Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono.


10.  Kampung Baru Cina: Kor Ming ajak UMNO bincang

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengajak pemimpin UMNO berbincang mengenai cadangannya mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).