MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 01/11/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 November 2025.


1. Kebakaran awal pagi di tingkat atas Menara 3 KLCC

Dalam rakaman yang dikongsikan, api kelihatan marak sebelum berjaya dipadamkan.



2. "Saya hanya tahu dari media" - Rafizi belum terima laporan kes serangan anak

Datuk Seri Rafizi Ramli belum menerima sebarang maklumat rasmi berhubung siasatan insiden serangan terhadap beliau dan anaknya, dan hanya mengikuti perkembangan melalui media.


3. Anwar 'curi' hati peminat G-Dragon, kongsi pertunjukan bintang besar K-Pop di media sosial

Perdana Menteri berkongsi klip pertunjukan 36 saat bintang berkenaan yang sedang menyanyikan lagu "Drama" di akaun Twitter, Instagram dan Facebook rasmi beliau.


4. Suspek tetak abang ipar hingga putus kepala direman enam hari

Polis memperoleh perintah reman selama enam hari terhadap seorang lelaki yang disyaki menetak abang iparnya hingga menyebabkan kepala mangsa putus dalam kejadian di Jerlun.


5. APEC 2025: Jangan abaikan kompas moral tatkala kejar teknologi - PM Anwar

Beliau menegaskan antara isu utama yang perlu diberi perhatian ialah akses teknologi, keselamatan siber dan keperluan mendesak untuk menegakkan nilai serta etika dalam ekosistem digital.


6. BUDI95: Lebih 13 juta rakyat menikmati penjimatan RM800 juta pada bulan pertama

Sebanyak 13.1 juta rakyat melakukan transaksi BUDI95 bernilai RM2.66 bilion dalam bulan pertama, melibatkan 1.33 bilion liter RON95 bersubsidi.


7. Bilangan siswazah meningkat kepada 5.98 juta pada 2024

Bilangan siswazah meningkat kepada 5.98 juta orang pada 2024 manakala kadar pengangguran menurun kepada 3.2 peratus sejajar pertumbuhan pasaran buruh yang kukuh, menurut laporan Statistik Siswazah 2024 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


8. Pencemaran Sungai Johor: 200,000 akaun pengguna terjejas - Ranhill SAJ

Sebanyak 200,000 akaun pengguna di beberapa kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak terancang akibat pencemaran Sungai Johor, sejak JUmaat (31 Okt).


9. KJ kembali sertai UMNO? Itu lebih baik daripada yang lompat parti - Ketua Puteri UMNO

Itu reaksi Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi ketika mengulas desas-desus mengenai kemungkinan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kembali menyertai parti itu.


10. Ironman Langkawi: Syed Saddiq berjaya bawa pulang RM1 juta untuk rakyat Muar

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhasil membawa pulang sumbangan RM1 juta untuk kebajikan rakyat di kawasannya selepas berjaya mengharungi cabaran Kejohanan Ironman Malaysia di Langkawi, hari ini dalam masa kurang 13 jam.






#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI