MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 November 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 November 2025.
1. KDNK: Ekonomi Malaysia melonjak 5.2% pada suku ketiga
Ekonomi Malaysia terus berada di landasan kukuh apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat 5.2 peratus pada suku ketiga 2025, prestasi yang lebih baik berbanding 4.4 peratus pada suku sebelumnya.
2. Fadlun Mak Ujud dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa Sabtu
Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Fadlun Mak Ujud, akan menyandang jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur mulai Sabtu, menurut pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
3. AGC kekal pendirian tidak merayu isu 40 peratus hasil Sabah, fail rayuan alasan penghakiman
Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak merayu berhubung isu Pemberian Khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil, dan akan meneruskan rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah secepat mungkin.
4. eHati: Pengasas, pasangan berdepan kes mahkamah lari ke luar negara
Dua individu termasuk pengasas sebuah program motivasi rumah tangga eHati yang berdepan pendakwaan di mahkamah dipercayai telah melarikan diri ke luar negara.
5. KPM akan segera baik pulih tiga sekolah terlibat kebakaran
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan segera membaik pulih tiga institusi pendidikan di bawahnya yang terlibat dalam insiden kebakaran baru-baru ini.
6. Tidak puas hati, 'Inspektor Sheila' buat tiga laporan polis
Polis mengesahkan tiga laporan telah dibuat Inspektor Sheila melibatkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa insiden membabitkan dirinya.
7. Bumbung KLIA bocor, MAHB pantau gangguan operasi
Sebahagian kawasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terjejas akibat kebocoran air berikutan hujan lebat petang ini.
8. Isu sempadan Kemboja- Thailand: Malaysia terus berperanan selaku pemudah cara - PM Anwar
Malaysia akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara yang adil dan bertanggungjawab, terutamanya dalam membantu Thailand dan Kemboja mencapai penyelesaian berkekalan berkaitan isu sempadan kedua-dua negara.
9. Hakim Besar Malaya bersara wajib, tegaskan hakim wanita diberi layanan sama rata
Hakim wanita tidak pernah diberi layanan istimewa atau dipandang berbeza dengan hakim lelaki kerana mereka dinilai berdasarkan prestasi, kata Hakim Besar Malaya Tan Sri Hasnah Hashim.
10. PRN Sabah: BN berpotensi bentuk blok terbesar dengan PH - Penyelidik
Barisan Nasional (BN) berpotensi menjadi blok terbesar bersama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, berdasarkan simulasi gabungan kerusi yang realistik.