Antara pelbagai berita yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Februari 2021.
1) COVID-19: Jumlah pesakit sembuh 3,505, jangkitan baharu 3,318 dan 17 kematian
Malaysia mencatatkan pertambahan 3,318 jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan keseluruhan kes ni negara ini sebanyak 258,036.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kes import dilaporkan yang menerima jangkitan daripada luar negara manakala selebihnya merupakan jangkitan kes tempatan.
2) Bapa tiri ditahan dera kanak-kanak perempuan 4 tahun hingga mati
Helah seorang lelaki membawa anak tirinya ke klinik kerana mengalami kekejangan terbongkar selepas dia ditahan kerana disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu sehingga maut, dalam kejadian pada 1 Februari lepas.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan pada 9 Februari lepas kira-kira pukul 10 malam di hadapan balai polis ketika menunggu isteri dan seorang lagi anak tirinya berumur sembilan tahun yang dipanggil memberi keterangan.
3) i-Sinar: Usah 'kelabu mata' dapat wang, utamakan keperluan asas
Pastikan wang yang dikeluarkan melalui i-Sinar daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan untuk keperluan asas, bukan untuk perkara lain yang tidak berfaedah, tegas Penasihat Kewangan Islam, Dr Razli Ramli.
4) Empat mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Batu Pahat
Empat lelaki dipercayai warga asing mati ditembak dalam kejadian pergelutan dan berbalas tembakan dengan pihak polis Johor pagi tadi.
Dalam kejadian di Jalan Pagoh-Parit Sulong di sini sekitar jam 3.15 pagi tadi, seorang anggota polis turut cedera di bahagian tangan akibat ditikam kerambit.
5) Agong berkenan kurnia rumah kepada mangsa banjir
Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang mengalami kemusnahan harta benda, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan bantuan bagi membina rumah baharu kepada mereka yang terjejas.
Keprihatinan baginda terserlah, apabila turut berangkat turun padang bagi meninjau sendiri tapak pembinaan rumah baharu tersebut, masing-masing di Kampung Sungai Gangchong, Acheh dan Kampung Tanjung Pulai, di sini hari ini.
6) Akaun Rahsia UMNO: Bersatu, parti lain jangan keluar kenyataan tuduhan - Annuar Musa
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan bahawa UMNO pernah membuat keputusan membuka akaun bank rahsia.
Menurut beliau, sepanjang lebih 20 tahun beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti, itu tiada keputusan sedemikian pernah dibuat.
7) Pasangan bersekedudukan ditahan kes dera bayi perempuan 8 bulan
Polis menahan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 42 serta 20 tahun dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penderaan bayi mereka yang berusia lapan bulan di Kampung Kausing, Tawau pada Khamis.
Difahamkan, kedua-dua warga Indonesia yang tidak berkahwin namun tinggal bersekedudukan itu, menghantar bayi berkenaan ke Hospital Tawau pada jam 11 malam Isnin untuk mendapatkan rawatan.
8) Pendaftaran sebagai penerima vaksin bagi orang ramai bermula Mac - Khairy
Proses pendaftaran sebagai penerima vaksin COVID-19 bagi orang ramai dijangka dibuka bermula Mac ini dan dilaksanakan dengan konsep sukarela, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.
9) Harga RON95, RON97 dan diesel naik lagi
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter manakala harga runcit diesel naik empat sen seliter bagi tempoh seminggu bermula 13 Februari sehingga 19 Februari ini.
10) KM Sarawak dan isteri hadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina secara maya
Prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang tidak membenarkan penganjuran rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina bukan penghalang untuk sambutan itu diraikan secara maya.
Tidak terkecuali, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang berkesempatan menyertai rumah terbuka perayaaan itu.
Nickyson Nyambar
Fri Feb 12 2021
Antara pelbagai berita yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Feb 2021.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 6 Disember 2024.