Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Astro Awani
Januari 6, 2021 12:50 MYT
Januari 6, 2021 12:50 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 6 Januari 2021.
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hari ini mendedahkan surat sokongan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Annuar, ini merupakan pertama kali surat bertarikh 11 Oktober itu didedahkan kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian menyokong Presiden PKR itu.
Tan Sri Annuar Musa secara terbuka menetapkan pendiriannya enggan bersubahat dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap usaha-usaha yang diambil bertentangan dengan prinsip dan pendirian politiknya.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa kerana menggunakan sidang media untuk membuat pelbagai tuduhan.
Kata Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu, tindakan Annuar Musa itu hanya mengeruhkan lagi keadaan.
Satu kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center mendapati masih ramai pengundi di Malaysia menyatakan pendirian tidak setuju sekiranya UMNO keluar dari Perikatan Nasional (PN).
Kajian berkenaan dijalankan menyentuh mengenai pandangan mereka terhadap ekonomi, kepimpinan dan isu semasa.
Kanak-kanak 5 tahun yang meninggal dunia pada 30 Disember tahun lalu dipercayai telah disepak dan ditendang sehingga pecah usus oleh nenek saudaranya.
Mangsa dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suspek yang juga seorang warga Indonesia berusia 55 tahun sejak tinggal bersama pada 2017.
Malaysia merekodkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi hari ini iaitu 2,593 kes, menjadikan jumlah positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 125,438 kes.
COVID-19 | Malaysia catat kes baharu COVID-19 Tertinggi
Mesyuarat Kabinet pertama tahun ini berlangsung sepenuhnya secara digital hari ini.
Perkara itu dikongsi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dalam catatan masing-masing di media sosial.
Suhu sejuk yang dialami negara pada ketika ini disifatkan sebagai suatu keadaan biasa dan bukan luar biasa.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Jailan Simon menjelaskan, cuaca di sesetengah lokasi boleh mencapai sehingga suhu 20 darjah Celsius pada satu-satu masa.
Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditemui ditinggalkan dalam keadaan kesejukan di dalam kotak di kebun kelapa sawit berhampiran Pejabat Risda Kemayan di sini, pada Rabu.
UMNO akan membawa usul memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari depan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dalam satu kenyataan media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Rabu.
#berita pilihan
#berita dalam negara
#Astro Awani
#COVID-19
#KKM
#Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
#UMNO
#Annuar Musa