Dewan Rakyat hari ini bertafakur selama satu minit pada awal sesi pagi tadi susulan kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
Dalam ucapan sembah takziah, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mewakili Dewan Rakyat merakamkan ucapan takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Pahang.
“Dewan ini merakamkan perasan yang amat dukacita dan sedih di atas kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada Rabu, 22 Mei 2019 bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.
“Bagi pihak majlis Dewan Rakyat, saya ingin merakamkan takziah kepada Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas kemangkatan Paduka Ayahanda dan mengucapkan takziah kepada seluruh kerabat Diraja negeri Pahang Darul Makmur,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Istiadat pemakaman jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar selamat disempurnakan di Makam Diraja Pekan, Jalan Sultan Ahmad, Pekan pada 23 Mei lalu.
Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, 88, merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baginda menyerahkan takhta kepada Al-Sultan Abdullah pada 12 Januari lalu.
Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah diputerakan pada 24 Okt 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dan merupakan anakanda ketiga Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dengan Almarhumah Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Fatimah Sultan Iskandar Shah.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Jul 01 2019
Ahli-ahli Dewan Rakyat bertafakur selama satu minit sebagai mengenang kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. - Gambar SHAHIR OMAR
Peruntukan bersyarat kepada wakil rakyat pembangkang - Nga Kor Ming
Peruntukan yang bakal disalurkan kepada wakil rakyat pembangkang adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Surat batal PJD Link Expressway diserahkan dalam masa terdekat - Nanta
Satu surat rasmi akan diberikan dalam masa terdekat kepada pemaju berhubung pembatalan projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway).
SKMM sita telefon bimbit milik Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo
Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut.
Pantau Agenda Reformasi: Awas! Pihak main sentimen rakyat, ancam keharmonian
Apa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membendung tindakan pihak-pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mengancam keharmonian negara?
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Trip.com raih pertumbuhan tidak dijangka bagi tempahan perjalanan
Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mengalami pertumbuhan ketara, dengan jumlah tempahan meningkat, masing-masing sebanyak 62 peratus dan 89 peratus tahun ke tahun.
MIDF Research kekal pandangan positif
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, HPI Malaysia telah berada pada trajektori menaik sejak 2022, berikutan pembukaan semula ekonomi.
Axiata Group, Dialog dan Bharti Airtel meterai perjanjian di Sri Lanka
Urus niaga itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan kalangan pemegang saham Dialog dan menunggu pemuktamadan syarat-syarat tertentu yang digariskan dalam perjanjian jualan saham itu.
Dewan Rakyat bertafakur, ucap takziah kemangkatan Almarhum Sultan Ahmad Shah
Ahli-ahli Dewan Rakyat bertafakur selama satu minit sebagai mengenang kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.