BAKAL ditayangkan di pawagam, "Tumbal Musyrik" merupakan filem pertama terbitan Maxstream Original yang akan ditayangkan di Malaysia selain Thailand, Brunei dan Singapura.
Dalam satu kenyataan, "Tumbal Musyrik" lakonan Wulan Guritno, Sahilla Hisyam dan Bhisma Mulia ini turut mendapat kerjasama produksi tempatan dan Indonesia, Horizon Film Entertainment, Punnagai Poo Gheetha serta WD Picture.
Penerbit eksekutifnya, Shahir Sulaiman berkata, dia teruja dan mengharapkan agar "Tumbal Musyrik" berjaya di pawagam tempatan sementelah jalan cerita dan barisan pelakon yang hebat belaka.
“Saya juga teruja dapat bekerjasama lagi dengan produksi Indonesia apatah lagi, ini filem pertama Maxstream yang akan ditayangkan di Malaysia,” katanya yang turut disertai Rofik Ashari dan Wathin Ciptawan sebagai Penerbit Eksekutif.
"Tumbal Musyrik" arahan Faozan Rizal dan Bambang Drias mengisahkan Galang yang terpaksa mengambil jalan pintas dengan ilmu hitam untuk mendapatkan gadis idamannya, Resti sehingga tanpa dia sedar, pelbagai akibat dan peristiwa misteri bakal berlaku.
Kampung yang dahulunya aman kini menjadi tumpahan darah kesan daripada pengikut syaitan Gunung Srandil yang terpaksa melepaskan tawaran.
Kejadian demi kejadian semakin membawa kepada hakikat bahawa Galang adalah orang yang bertanggungjawab untuk semua ini.
Filem ini juga bakal ditayangkan di Festival Filem Balinale Antarabangsa pada 9 Jun depan.
Maxstream Original merupakan platform aplikasi layanan streaming video over-the-top pertama Indonesia yang mula beroperasi pada 2018.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sun May 22 2022
Berjanji Dengan Syaitan Untuk Dapat Gadis Idaman, Filem Tumbal Musyrik Masuk Malaysia!
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Berjanji dengan syaitan demi gadis idaman, filem 'Tumbal Musyrik' masuk Malaysia
Kampung yang dahulunya aman kini menjadi tumpahan darah kesan daripada pengikut syaitan Gunung Srandil yang terpaksa melepaskan tawaran.