SHAH ALAM: Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam memperjuangkan Malaysia ke arah lebih baik dan membangunkan negara unggul serta bermaruah.
Setiausaha Agungnya, Zulkifli Yahya berkata, pendirian parti itu konsisten sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lagi dan akan kekal selagi tidak bercanggah dengan prinsip perjuangan parti serta etika politik matang.
Menurut beliau, politik tanah air menampakkan perjalanan cerita yang menarik pasca PRU15 apabila berkemungkinan akan adanya kerjasama baharu untuk membentuk satu pakatan politik.
“Ini susulan dengan keputusan parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang bertindak keluar dari pakatan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk menyertai Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Pada Khamis, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, ada dua permohonan daripada parti yang hendak menyertai PN iaitu Pejuang dan Berjasa.
Bagaimanapun beliau berkata, tarikh mesyuarat masih belum diketahui bagi memutuskan mana-mana parti yang memohon menyertai pakatan itu.
Dalam pada itu, Zulkifli berkata, semestinya pembentukan kerjasama baharu itu amat dinantikan oleh pemerhati politik memandangkan suhu politik tanah air akan kembali panas apabila tibanya pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.
Beliau juga menyambut baik kenyataan balas Takiyuddin yang dianggapnya sebagai positif ke arah peluang menerima dua parti itu dalam PN. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 04 2023
Zulkifli (gambar) menyambut baik kenyataan Takiyuddin yang dianggapnya sebagai positif ke arah peluang menerima parti itu dalam PN. - Foto Sinar Harian
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
MoU peruntukan pembangkang: Kalau orang dah tolak 'pinangan', tak akan kita nak 'rujuk' - Fadillah
Fadillah berkata pintu rundingan berhubung MoU berkaitan peruntukan bagi ahli Parlimen pembangkang sudah ditutup.
Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim
Beliau berkata, pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan.
PN beri maklum balas positif beberapa inisiatif Belanjawan 2025
PN memberikan maklum balas positif terhadap beberapa inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri menerusi Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat lepas.
[KOLUMNIS] MoU Peruntukan Pembangkang: Demi kebaikan dan kematangan ahli politik
Cerita mengenai MoU ini sudah berbulan-bulan kedengaran tetapi penamatnya bagaimana?
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.