Parti Bersatu yang ditubuhkan golongan kecewa dan serpihan UMNO bukanlah sebuah organisasi yang bersandarkan kepada perjuangan namun lebih untuk menyemai rasa benci dan dendam peribadi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, asas penubuhan parti itu juga tidak boleh dijadikan sandaran oleh rakyat yang dahagakan agenda pembelaan tetapi sekadar menguntungkan segelintir kumpulan semata-mata.
"Kami tidak gentar dan mengajak seluruh ahli UMNO membulatkan kesetiaan terhadap presiden dan parti yang telah berjasa sejak 70 tahun lalu.
"Kami yakin dan percaya, reputasi serta jasa UMNO sudah cukup untuk menyemai keyakinan dan sokongan terhadap kerajaan sedia ada.
"UMNO itu sendiri adalah sebuah institusi yang cukup kukuh dan mampu menghadapi cabaran mahupun saingan daripada mana-mana parti pembangkang dan berkepentingan.
"Parti Bersatu hanya hiasan murahan dalam landskap politik negara. Rakyat sendiri akan menolak politik yang hanya berjuang isu peribadi begini," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Shaiful mengulas tindakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa yang menyerahkan permohonan untuk mendaftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Kata Muhyiddin yang ditemui pemberita selepas menyerahkan borang permohonan pendaftaran parti mengumumkan nama parti baharu, yang terbuka kepada semua warganegara.
Muhyiddin turut memberitahu, Bersatu bersikap inklusif, dinamik progresif dan sikap sentiasa terbuka selain mempunyai agenda memelihara hak dan kebajikan setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Dalam pada itu Shaiful mengingatkan ahli UMNO agar tidak mudah percaya ataupun terpedaya dengan dakyah-dakyah pihak tertentu menggunakan kuasa luar bagi menggulingkan kerajaan sedia ada.
"Golongan ini disifatkan amat terdesak dan sanggup mengorbankan kedaulatan negara. Kami juga menggesa golongan ini segera disiasat dan pada masa yang sama gerakan 'subversif' mereka perlu segera dibongkarkan," jelasnya.
Bagaimanapun Shaiful turut menyarankan UMNO tidak terlalu selesa apabila berhadapan dengan parti berasaskan kebencian itu.
"Gerak kerja dan perancangan bagi menghadapi pilihanraya perlu diperkemaskan dan pada masa yang sama Bersatu harus dikuburkan dengan serta-merta tanpa memberi mereka ruang untuk merosakkan minda rakyat dengan politik kebencian.
"Kami juga yakin bahawa parti baharu golongan kecewa ini hanya bersifat sementara dan akan menghadapi masalah untuk mewujudkan persefahaman dengan dengan parti-parti pembangkang yang lain.
"Hala tuju dan objektif Bersatu yang bercelaru ini akan menjadikan gerak kerja pakatan pembangkang semakin kabur dan sudah semestinya akan membawa ke arah kehancuran," ujarnya.
Namun begitu tambah Shaiful, pihaknya merasa lega apabila golongan kecewa itu membuat keputusan untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN) tanpa terus menjadi guntung dalam lipatan.
"Kami yakin kerapuhan hala tuju dan kegagalan mereka membentuk struktur yang kuat hanya akan menjadi hiasan dalam warna politik negara tanpa memberi kesan terhadap keutuhan institusi UMNO itu sendiri," katanya.
Wan Syamsul Amly
Wed Aug 10 2016
SHAIFUL HAZIZY: Yakin bahawa parti baharu golongan kecewa ini hanya bersifat sementara dan akan menghadapi masalah untuk mewujudkan persefahaman. - Gambar fail
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.
Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
Wan Fayhsal panik, cuba salahkan pihak luar - Fahmi
Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mendakwa media rasmi PKR, Suara Keadilan, menyunting klip video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah reaksi 'panik'.
PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding
Mohd Radzi berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.