Bersatu Pahang mempertaruhkan 15 calon untuk bertanding di enam kerusi parlimen dan sembilan kerusi Dun pada PRU14.
Senarai calon diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Negeri, Wan Mohd Shaharir Wan Abd Jalil dalam sidang media khas di Bukit Bendera Resort Mentakab, semalam.
Enam kerusi parlimen berkenaan ialah P079 (Lipis), P081 (Jerantut), P084 (Paya Besar), P085 (Pekan), P086 (Maran) dan P087 (Kuala Krau).
Manakala sembilan kerusi Dun yang terlibat, N03 (Padang Tengku), N09 (Tahan), N21 (Peramu Jaya), N22 (Bebar), N26 (Chenor), N27 (Jenderak), N39 (Kemayan), N40 (Bukit Ibam) dan N41 (Muadzam Shah).
Dalam senarai tersebut, parti itu mempertaruhkan dua calon wanita iaitu Ketua Wanita Pakatan Harapan, Zuliana Mohamed, 41, yang bertanding di Chenor dan Exco Srikandi Malaysia Faizah Baharom, 43, di Jenderak.
Turut mencuri tumpuan, Bersatu meletakkan Ketua Parti Bersatu Bahagian Indera Mahkota, Kamarul Ariffin Mohd Shahar, 45, di Pekan.
Wan Mohd Shaharir turut memberitahu, calon paling muda kerusi Parlimen Paya Besar yang akan ditandingi Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, 32, yang juga Exco Pemuda Bersatu.
Wan Mohd Shaharir yang akan mewakili parti itu di kerusi Parlimen Jerantut berkata, kerusi Parlimen Lipis pula akan ditandingi bekas guru, Ahmad Pozi Yahaya; Maran akan ditandingi ahli perniagaan, Ahmad Farid Ahmad Nordin dan Kuala Krau pula bakal ditandingi Mohamad Rafidee Hashim.
Bersatu turut meletakkan calon bagi kerusi Dun Padang Tengku, Alias Abd Rahman, Nordin Samat (Tahan), Datuk Salim Abd Majid (Peramu Jaya), Afif Syirol Abdul Rahman (Bebar), Mohamed Jidi Yaakob (Kemayan), Zulkarnain Mohamad Ridzuan (Bukit Ibam) dan Osman A Bakar (Muadzam Shah).
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan gandingan muka lama dan baharu dalam senarai calon diumumkan hari ini adalah bukti mereka sedia untuk menawan Pahang dengan menawarkan golongan profesional serta mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang.
Sinar Harian
Mon Apr 16 2018
Sebahagian daripada 15 calon yang bertanding daripada Parti Bersatu Pahang untuk PRU14 kali ini. - Foto Sinar Harian
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.
Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
Wan Fayhsal panik, cuba salahkan pihak luar - Fahmi
Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mendakwa media rasmi PKR, Suara Keadilan, menyunting klip video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah reaksi 'panik'.
PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding
Mohd Radzi berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.