Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak kehadiran anasir luar dan mereka yang bermata duitan yang cuba menghimpit parti itu demi kelangsungan politik masing-masing, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau berkata anggota parti lain yang cuba berhijrah ke Bersatu akan ditapis terlebih dahulu dan tidak diterima sewenang-wenangnya.
"Yang kaki bodek, kepala masam mata duitan, kutuk kita sebelum ini, timbulkan masalah, depa boleh 'stay' dalam UMNO.
"Musuh-musuh siap sogok beberapa pemimpin kita untuk tinggalkan Bersatu, arah bekas pemimpin yang tidak ikhlas buat sidang media untuk hentam perjuangan kita sehingga mereka terkantoi," kata Menteri Besar Kedah itu pada sambutan ulang tahun kedua Bersatu di Stadium Malawati, di sini malam tadi.
Turut hadir Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengerusi DAP Tan Kok Wai, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.
Mukhriz berkata jika Bersatu ingin perjuangannya terus berkekalan, parti itu perlu bersiap sedia dengan perubahan landskap politik negara dan tidak leka dengan serangan musuh.
"Dengan persiapan dan perancangan rapi, kehadiran musuh akan memberi kita kekuatan untuk meningkatkan keyakinan rakyat, khasnya orang Melayu kepada kita," katanya.
Sementara itu, Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu anggota parti tersebut sentiasa bermusahabah dan tidak terus merasa selesa dengan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas.
"Dua tahun sudah kalian berjuang dan dalam tempoh itu pelbagai rintangan sudah dilalui termasuk tidur di dalam kereta di setiap negeri yang dijelajahi, tidak mempunyai dana yang mencukupi dan pelbagai ugutan diterima, namun rintangan itu semua dapat dilalui.
"Dan hari ini apabila kita sudah dalam kerajaan jangan lupa semua itu. Kita perlu budaya politik baharu, tidak perlu bermewah, bermegah-megah dan kekalkan jati diri yang ada supaya kita dekat dengan masyarakat," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Srikandi Bersatu Rina Mohd Harun pula berkata parti perlu memperkukuh pasak supaya agenda pembangunan negara bukan sahaja dalam tempoh lima tahun ini, tetapi dapat terus menjadi juara dan meninggalkan legasi kepada masyarakat.
"Kita tidak boleh terus lalai dibuai leka, jangan berpeluk tubuh sebaliknya memperbaharui tekad dengan mengambil segala peluang dan ruang supaya Bersatu lebih progresif dan mempunyai semangat juang tinggi," katanya
--BERNAMA
Bernama
Sat Sep 08 2018
Mahathir dan Mukhriz menaikkan bendera Bersatu dan menyanyikan lagu 'Perjuangan Kita' pada sambutan ulang tahun kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Stadium Melawati pada Sabtu. - Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Bersatu tidak terima anggota baharu bermata duitan - Mukhriz
Beliau berkata anggota parti lain yang cuba berhijrah ke Bersatu akan ditapis terlebih dahulu dan tidak diterima sewenang-wenangnya.
'Ada pihak luar ganas memerhati Malaysia' - Hishammuddin
Terdapat pihak luar yang lebih ganas sedang memerhatikan suasana semasa dalam negara pada ketika ini, kata Menteri Pertahanan.