Perhimpunan Bersih 4 di Kuching terpaksa ditamatkan sehari lebih awal daripada dua hari yang dijadualkan berikutan tiga sebab.
Jurucakapnya Karen Sheperd bagaimanapun, berkata beliau dan penganjur lain percaya perhimpunan itu telah mencapai kejayaan.
"Perhimpunan ini menjadi platform bagi rakyat biasa untuk bersuara kepada ahli politik untuk memberitahu tentang perasaan mereka dan kebimbangan terhadap banyak isu, dan tidak banyak bagi ahli politik untuk bercakap dengan orang ramai.
"Penceramah kami termasuk aktivis tulen dan pemimpin daripada badan bukan kerajaan," katanya pada Isnin.
"Secara keseluruhannya, kami berpendapat acara ini adalah contoh terbaik bagi kebebasan bersuara," katanya.
Namun malangnya, beliau berkata perhimpunan itu terpaksa ditamatkan secara tiba-tiba kerana kebimbangan yang memuncak terhadap keselamatan awam.
"Kami terpaksa menghentikannya kerana gangguan daripada satu kumpulan yang ekstrem. Orang ramai juga pada masa itu, mula membawa anak kecil ke perhimpunan yang bertentangan dengan undang-undang selain menghadapi masalah dengan sistem pembesar suara," katanya.
Beliau berkata artikel yang ditulis oleh seorang penulis blog yang kemudian diambil oleh beberapa wartawan akhbar, juga menyebabkan pergeseran antara kumpulan penganjur dan pemimpin daripada DAP.
"Pemimpin DAP seharusnya menyemak fakta mereka dan bukannya melemparkan tuduhan terhadap kami," katanya.
Beliau mendakwa ramai peserta mahu hadir pada hari kedua perhimpunan itu, dan banyak mesej berbentuk kekecewaan dipaparkan dalam media sosial apabila perhimpunan dihentikan tiba-tiba.
Sementara itu, Karen mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, polis terutama Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad dan Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk James Chan kerana bersikap profesional terhadap perhimpunan tersebut.
Mengenai mesyuarat dengan polis pada Isnin, beliau berkata polis sedang menyiasat empat laporan yang dibuat terhadapnya.
Berhubung laporan akhbar sekumpulan penduduk kampung diperdaya untuk menyertai perhimpunan selepas dijanjikan untuk dibawa melawat bandar raya itu, Karen berkata beliau tidak mengetahuinya, sambil menegaskan beliau dan kumpulannya tidak pernah memaksa orang ramai menyertai perhimpunan berkenaan.
Bernama
Mon Aug 31 2015
Perhimpunan itu terpaksa ditamatkan secara tiba-tiba kerana kebimbangan yang memuncak terhadap keselamatan awam. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ada adik Down Syndrome, bintang ragbi New Zealand bantu tingkat kesedaran awam
Adik perempuannya, Zara Barrett atau lebih mesra dipanggil Zars, berusia 16 tahun, sering kali ke stadium bagi menonton setiap perlawanan abang-abangnya.
Perkhidmatan pengangkutan awam dikaji semula - Anthony Loke
MoT akan mengkaji semula aspek perkhidmatan dan penyediaan sistem pengangkutan awam di seluruh negara bagi mengatasi kelemahan dan melakukan penambahbaikan demi kesejahteraan rakyat.
'Duri dalam daging' suka perlekeh perkhidmatan awam - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan golongan yang sentiasa merendah dan memperlekeh perkhidmatan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan sebagai 'duri dalam daging'.
Bersih 4 di Kuching tamat awal kerana bimbang keselamatan awam - Penganjur
Beliau mendakwa ramai peserta mahu hadir pada hari kedua perhimpunan itu, dan banyak mesej berbentuk kekecewaan dipaparkan dalam media sosial apabila perhimpunan dihentikan tiba-tiba.
Agensi perkhidmatan awam perlu tekankan pembangunan inovasi sosial - KSN
Tan Sri Dr Ali Hamsa meminta agensi-agensi perkhidmatan awam di negara ini supaya terus memberi penekanan kepada aspek pembangunan inovasi sosial melalui makmal dan unit inovasi.
PBT perlu rujuk sistem DBP pada papan iklan - Abdul Rahman
Sabahagian besar PBT masih belum menggunakan sistem DBP bagi merujuk penggunaan bahasa Melayu yang tepat di papan iklan.
BAJET 2015: Pemuda MIC harap beberapa cukai dikurangkan
Kerajaan diharap dapat mengumumkan pengurangan beberapa jenis cukai persendirian selain cukai kenderaan dan cukai jalan dalam pembentangan Bajet 2015 esok.
BAJET 2015: Penjawat awam mungkin terima penambahbaikan - KSN
Penjawat awam berkemungkinan menerima beberapa penambahbaikan dalam Bajet 2015, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Kuasai bahasa Inggeris untuk dapat ilmu lebih cepat - Tun M
Rakyat disaran menguasa bahasa Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan dengan lebih cepat agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan terkini.