Perhimpunan Bersih 5 membuktikan Bersih 2.0 termasuk pengerusinya, Maria Chin Abdullah menjadi perkakas politik pembangkang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, desakan mereka untuk penyelesaian segera isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga dilihat tersasar jauh daripada perjuangan asal Bersih 2.0.
"Usaha Maria Chin dan rakan sekutu dalam Bersih 2.0 untuk menganjurkan himpunan aman Bersih 5 dengan sasaran menuntut penyelesaian segera bagi isu IMDB ternyata menampakkan gerakan itu sudah lari dari matlamatnya.
"Bersih 2.0 yang selama ini lantang memperjuangkan isu pembaharuan dalam sistem pilihanraya tiba-tiba berubah wajah menjadi alat politik untuk turut bersekongkol mengambil kesempatan dalam isu 1MDB.
"Sudah wujud kesebatian dalam kerangka pemikiran agen pembangkang apa jua fakta, penyiasatan, laporan audit atau pembentangan yang dibuat oleh 1MDB ditolak kerana keenganan menerima jawapan, lantas jalan mudah ialah dengan menuduh wujudnya berlaku penyelewengan berskala besar melibatkan wang rakyat, walhal hakikat sebenarnya tidak begitu," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Rabu.
Pada Rabu, Maria Chin mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan aman Bersih 5 susulan pendedahan yang dibuat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) tentang dakwaan penyelewengan wang yang berlaku melibatkan 1MDB. Bagaimanapun, tarikh, masa, tempat serta bentuk perhimpunan yang akan dibuat masih belum ditetapkan dan akan diumumkan kelak. Dalam pada itu tegas Shaiful, Bersih 2.0 sekali lagi diperalat Dr Mahathir dan kroni kapitalis di belakangnya.
"Ia terjadi setelah tokoh usahawan berkenaan terjejas perniagaan mereka kerana banyak industri strategik yang selama ini memberi kemewahan kepada kroni Dr Mahatahir kini dimiliknegarakan melalui 1MDB.
"Bersih 2.0 terkeliru dengan siasatan yang dijalankan DOJ dan langsung tidak memgambil kira pendakwaan yang telah ditarik balik DOJ serta tuduhan yang dikenakan DOJ dalam siasatan mereka.
"Bersih 2.0 juga gagal mengambil kira realiti bahawa segala pertuduhan yang kemudiannya ditarik balik DOJ adalah berdasarkan 'hearsay evidence' yang dibawa kumpulan pelobi Dr Mahathir dan banyak kecacatan maklumat," jelasnya.
Justeru itu kata Shaiful, Bersih 2.0 juga menganggap segala dakwaan itu benar sekali gus menampakkan mereka adalah satu cabang atau alat Dr Mahathir untuk melunaskan dendam peribadinya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Jelas, Bersih 2.0 bukan sekadar sudah lari dari perjuangannya selama ini dalam membaiki sistem dan perjalanan pilihanraya di negara ini malah kini mudah diperalat dan dijadikan alat demi memuaskan nafsu politik Dr Mahathir.
"Kita juga menggesa pihak polis segera menyiasat dan pada masa sama menghalang pengacau ini daripada terus menimbulkan huru hara," ujarnya.
Di samping menuntut akauntabiliti, antara yang turut dituntut perhimpunan Bersih 5 nanti adalah kesinambungan daripada perhimpunan Bersih 4 iaitu pembaharuan institusi yang dilihat mengganggu ketelusan proses siasatan isu 1MDB. Bersih 2.0 bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa sudah memulakan aktiviti protes mingguan dan menyokong perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1 pada 27 Ogos ini.
Wan Syamsul Amly
Thu Aug 04 2016
PEMUDA UMNO KEDAH: 'Bersih 5 jadi alat puas nafsu Tun M' - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan Kelantan gesa PLSB Sungai Golok dikaji semula
Kerajaan Kelantan menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula perancangan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok secara berfasa dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
Pengurusan kes saman fitnah Maria terhadap Jamal 17 Feb
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Feb untuk pengurusan kes saman fitnah Maria Chin Abdullah terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Mahkamah saran kes saman Maria Chin terhadap Jamal diselesai secara baik
Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan Maria Chin Abdullah terhadap Jamal Md Yunus atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daish diselesaikan secara baik.
Mahkamah Tinggi batal permohonan habeas corpus Maria Chin
Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan permohonan habeas corpus difailkan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Maria Chin: Biar polis siasat - Azalina
Semua pihak perlu menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan secara profesional terhadap Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang ditahan Jumaat lepas.
Penahanan Maria Chin di bawah SOSMA untuk bantu siasatan polis - Nur Jazlan
Penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 bertujuan membantu siasatan polis.
Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan
Maria Chin Abdullah yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), memfailkan permohonan habeas corpus.
Belajar bagaimana berhimpun secara aman - Maria Chin
Maria Chin 'menjemput' Gerakan Baju Merah bersama ketuanya, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk belajar bagaimana sertai himpunan aman.
Perhimpunan Bersih 5 tidak boleh diteruskan kerana tiada notis lokasi baharu
Perhimpunan Bersih 5 tidak boleh diteruskan di luar Dataran Merdeka susulan syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 gagal dipatuhi penganjur.
Terima dana Soros: Jabatan Peguam Negara belum terima kertas siasatan
Jabatan Peguam Negara masih belum menerima kertas siasatan daripada pihak berkuasa berhubung kenyataan beberapa organisasi yang menerima dana daripada hartawan George Soros.
Pembabitan Soros: 'Keterangan hanya akan diberi di mahkamah' - Maria Chin
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, sebarang butiran hanya akan dijawab jika dipanggil di mahkamah kelak.