SHAH ALAM : Rakyat Malaysia tidak seharusnya fokus kepada satu kes sahaja seperti yang membabitkan Tan Sri Azam Baki semata-mata sebaliknya, perlu memberikan tumpuan kepada keseluruhan sistem.

Ketua Pasukan #RasuahBusters, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sekiranya hanya fokus kepada satu masalah, tidak mustahil masalah baharu pula akan timbul.

“Maknanya kalaulah kita berjaya gantung Tan Sri Azam Baki, 10 lagi Azam Baki, masalah yang sama boleh timbul kalau kita tidak bersihkan sistem.

BACA: PM boleh nasihatkan Agong pecat Azam Baki

BACA: Azam Baki fail saman fitnah RM10 juta terhadap Lalitha

“Maknanya, perlu kepada pembersihan atau satu reformasi, transformasi institusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu sendiri sebab kita tak mahu berlaku lagi.

“Macam contoh setiap kali tukar Perdana Menteri, kita tengok masa Pakatan Harapan perintah, Latheefa Koya dilantik, Perdana Menteri yang lantik dan bila tukar Perdana Menteri, lantik lagi.

“Kita nak SPRM satu entiti yang betul utuh, dipercayai, yang boleh selesaikan masalah kita untuk membersihkan Malaysia daripada rasuah,” katanya dalam sidang media Rasuah Buster - Solusi Transformasi SPRM di sini pada Khamis.


Isu Pemilikan Saham | Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas minggu depan

Dalam kes melibatkan Azam Baki, beliau berpendapat Ketua Pesuruhjaya SPRM itu perlu berehat sekiranya diminta berbuat demikian dan memberi kerjasama terhadap siasatan terhadapnya.

“Nasihat saya kepada pegawai SPRM yang lain, jangan sibuk untuk membela atau menjatuhkan Azam Baki. Buat kerja-kerja masing-masing.


SPRM | 'Hanya Agong boleh tamatkan perkhidmatan saya' - Azam Baki

“Azam Baki, dia ada masalah, biar dia selesaikan sendiri mengikut prosesnya,” ujarnya.

Katanya lagi, SPRM juga perlu fokus dan terus menyiasat semua kes lain yang masih berjalan dan tidak rasa terganggu dengan apa yang berlaku melibatkan kepimpinan tertinggi suruhanjaya itu.