MIRI:Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini mendedahkan sikap sesetengah pemimpin dari Sarawak pada era Pakatan Harapan yang “takut bos” dan “menikus” apabila berunding tentang hak Sarawak.
Berucap sewaktu Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Pusat Kebudayaan Orang Ulu, di sini pada Selasa, Abang Johari memberitahu, ia berlaku ketika pihaknya berunding untuk melaksanakan cukai jualan negeri (SST) untuk minyak dan gas di Sarawak.
“Ketika memulakan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan, perkara pertama yang diutarakan oleh Menteri Kewangan ketika itu (Lim Guan Eng), kenapa Sarawak perlu laksanakan cukai jualan lima peratus?
“Beliau (Guan Eng) berkata, perkara itu akan menyebabkan kos untuk pelaburan dalam industri minyak dan gas meningkat.
“Sarawak tidak boleh menguatkuasakan cukai tersebut," jelasnya.
Rundingan tersebut katanya lagi, turut dihadiri Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala dan Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Sarawak-Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Sayed Aman Ghazali.
Kata Abang Johari lagi, ketika rundingan itu berlangsung, beliau secara terus menjelaskan bahawa pelaksanaan cukai jualan negeri adalah hak Sarawak di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Ia terpulang kepada kami untuk menentukannya. Tetapi sekarang kita tetapkan lima peratus!" tegasnya.
Berkaitan dengan kenaikan kos dalam pelaburan, kata Abang Johari, jika ia (kos) meningkat, Kerajaan Persekutuan perlu mengurangkan Cukai Pendapatan Petroleum (PITA).
“Jadi ia kembali kepada asal. Anda tidak boleh nafikan hak kami. Akhirnya mereka terus terdiam,” tambahnya lagi.
Abang Jo yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, ia realiti yang berlaku dan beliau terpaksa mendedahkan perkara sebenar dalam majlis itu.
“Anak Sarawak yang ada di sebelah sana tidak berani menyokong saya. Diam sahaja. Takut dengan bos.”
Tambahnya lagi, selepas rundingan tersebut, kerajaan negeri mengambil keputusan menyaman syarikat minyak dan gas, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di mahkamah.
“Akhirnya kita menang dalam mahkamah bicara.”
Dalam ucapan tersebut, beliau turut berterima kasih kepada kerajaan pusat di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana sanggup berlapang dada dalam rundingan susulan.
“Kita berunding dan akhirnya apa yang terjadi ialah perjanjian komersial yang dimeterai pada minggu lalu.
“Kini, kita terbabit dalam aktiviti minyak dan gas onshore dan offshore di Sarawak, dan ini memberi tambahan hasil kepada Bumi Kenyalang,” ujarnya lagi.
BACA: Perjanjian Sarawak-Petronas bakal rancakkan pembangunan industri petroleum - PM
Jelasnya, usaha ini bukan untuk beliau seorang tetapi untuk seluruh rakyat Sarawak.
“Kita beruntung kerana kita mampu melakukan ini kerana kita berdiri sendiri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya lagi.
Astro Awani
Tue Dec 15 2020
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dalam masa sama turut berterima kasih diatas keterbukaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana bersikap terbuka berunding berkenaan hak Sarawak. - Gambar Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Berunding tentang hak Sarawak, ada pemimpin yang 'takut bos' - Abang Johari
Pendirian tegas Sarawak berjaya membolehkan negeri ini mempertahankan beberapa haknya.