SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengingatkan anggota parti agar menghormati amanah rakyat serta menetapkan niat yang betul dalam perjuangan politik mereka, seterusnya tidak melakukan sesuatu dengan berpaksikan 'habuan'.
Katanya, generasi hari ini mempunyai tanggungjawab terhadap generasi akan datang, dan ia merupakan 'hutang' yang perlu dilunaskan mereka.
"Kita masuk pilihan raya bukan sebab jawatan, saya pesan awal-awal, kalau ada yang tak dapat jadi calon, jangan buat hal. Kalau kita menang kamu tak dapat jawatan dalam kerajaan, jangan kamu tikam belakang macam Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dan kawan-kawan.
"Kita masuk pilihan raya sebab kita ada tanggungjawab untuk membaiki keadaan, sebab kita ada anak kita, ada adik kita, ada cucu, mereka berhak mewarisi negara yang lebih baik.
"Hutang kita sebenarnya ialah dengan anak-beranak kita, masalah yang ada di negara ini kalau kita tidak selesaikan sekarang, kita ada bahagian dosa dan juga tanggungjawab apabila masalah itu dialami dan ditanggung oleh anak cucu kita kelak," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pilihan Raya PKR 2022, pada Sabtu.
Tambah Rafizi, ini adalah peluang mereka untuk bersama-sama rakyat memperbaiki masa hadapan dan kembali menjadikan Malaysia negara yang dihormati, terutama dalam keadaan ekonomi yang semakin terkebelakang.
"Kalau kita banding dengan Thailand, Indonesia dan Filipina dahulu, keselesaan rakyat kita adalah yang kedua paling baik di rantau ini selepas Singapura. Sekarang ekonomi kita bukan saja jatuh nombor tiga nombor empat... kita sekarang berada di belakang Indonesia, Singapura, Filipina dan Vietnam.
"Saya tak pasti berapa ramai orang di luar tahu bawa secara rasminya dalam liga ekonomi di rantau ini kita sudah lama jatuh. Kalau kita tahu keadaan di luar, pelabur tengok Malaysia dia kata Malaysia ini dalam divisyen dua, dia lebih suka ke Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Filipina.
"Orang yang tidak tahu mikroekonomi mungkin mereka tak sedar, orang yang duduk dalam tempurung dan pejabat-pejabat besar di Putrajaya, dia mungkin kata angka-angka ini menunjukkan kita mengalami pertumbuhan yang baik.
"Tetapi tengoklah sendiri kehidupan rakyat menjadi semakin susah, anak-anak muda, kalau dia bersusah payah dari muda, cemerlang sejak di sekolah, belum tentu hidup dia akan lebih baik," ujarnya lagi.
Madiha Abdullah
Sat Aug 27 2022
Rafizi berkata, generasi hari ini mempunyai tanggungjawab terhadap generasi akan datang, dan ia merupakan 'hutang' yang perlu dilunaskan mereka. - Gambar/ Shahir Omar
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
Pengelasan golongan T15 bagi penyasaran RON95 diumum pertengahan 2025 - Rafizi
Pengelasan golongan rakyat khususnya T15 (berpendapatan tinggi) untuk penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumumkan pada pertengahan 2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Robot pemadam api Serai Generation 1 pemenang minggu kedua Innovathon
Robot pemadam api serba boleh digelar Serai Generation 1 (SG1) telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu kedua program Innovathon 2 yang disiarkan pada Sabtu.
Malaysia sasar dapatkan teknologi maju, pelaburan bagi proses REE - Rafizi
Kerajaan akan memastikan kemajuan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) seiringan dengan sektor huluan dan hiliran bagi memenuhi keperluan industri itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Pendaftaran PADU Fasa 2 dibuka selepas Kabinet luluskan - Rafizi
Pendaftaran PADU fasa kedua akan dibuka selepas Kabinet meluluskan beberapa kriteria yang sedang diperhalusi oleh kementerian yang terlibat.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Kerajaan tidak bercadang tarik subsidi minyak peket - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kenyataannya yang tular sebelum ini menyentuh mengenai usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, bukan mahu memansuhkan subsidi untuk minyak peket.
Rangka kerja, strategi ekonomi biru sedang dibangunkan - Rafizi
Satu rangka kerja dan strategi ekonomi biru sedang dibangunkan di peringkat Kementerian Ekonomi, yang dijangka disiapkan menjelang akhir 2025, kata Menterinya Rafizi Ramli.
Semenanjung Malaysia semakin kehabisan sumber minyak, gas
Sumber minyak dan gas di Semenanjung negara ketika ini semakin berkurangan kira-kira 50 peratus, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.