KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada pintu rundingan antara UMNO dan Pas ditutup atau tidak, hanya boleh ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (MT), kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau yang juga Perdana Menteri berkata, perkara itu mungkin akan dibawa ke mesyuarat MT yang akan datang.
"Kita serah kepada MT, kita dengar pandangan daripada semua pihak, UMNO ini memang macam itu, kita terbuka... sesiapa sahaja boleh beri pandangan, akhirnya dari segi keputusan parti, ia akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi.
"Jadi kita tangguh mesyuarat hari Sabtu, malam minggu ini dan akan ditangguhkan kepada tarikh yang akan diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Ahmad Maslan). Jadi mungkin perkara itu boleh dibawa di dalam mesyuarat MT yang akan datang," katanya ketika ditemui selepas Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi 2022, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berkenaan MT UMNO disaran menutup pintu rundingan dengan Pas berkaitan hala tuju 27 kerusi Parlimen yang didakwa kritikal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Malam tadi, Ismail Sabri berkata, perjumpaan lima pemimpin tertinggi UMNO bagi membincangkan berkenaan PRU15 yang dijadual Sabtu ini ditangguh ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Menurutnya, ia susulan pemakluman daripada Setiausaha Agung UMNO bahawa Mesyuarat MT Khas yang dijadual pada hari sama ditangguh. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022
Keputusan sama ada pintu rundingan antara UMNO dan Pas ditutup atau tidak, hanya boleh ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (MT), kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar BERNAMA
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasca PRU15: Mesej MKT UMNO jelas, tak mahu kerjasama dengan PN - Johari
Ia merupakan mesej yang jelas bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan PN untuk membentuk sebuah kerajaan.
Mesyuarat Khas MT UMNO esok ditangguh 30 Sept - Ahmad Maslan
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan malam esok ditangguhkan dan dijadualkan semula pada 30 Sept ini.
Biar MT UMNO putuskan mahu berunding atau tidak dengan Pas - Ismail Sabri
Sesiapa sahaja boleh beri pandangan, akhirnya dari segi keputusan parti, ia akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi, kata Ismail Sabri.
Kedudukan Ismail Sabri tidak tergugat dengan keputusan UMNO tidak teruskan MoU - Annuar
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata sehingga kini Perdana Menteri masih terus mendapat sokongan daripada parti kerajaan campuran dan juga blok pembangkang.
Cadangan Ismail Sabri jadi Pengerusi BN hanya lontaran idea - Annuar Musa
Menurut Annuar, cadangan itu dilontarkan susulan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri (PM) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Keputusan MT beri kestabilan kepada UMNO untuk berdepan PRU15 - Penganalisis
Ia juga menamatkan spekulasi mengenai masa depan pemimpin berkenaan.
Calonkan Ismail Sabri sebagai PM pada PRU15 beri kelebihan kepada UMNO - Annuar Musa
Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) merupakan satu kelebihan kepada parti.
MKT UMNO cadang Ismail Sabri calon PM untuk PRU-15
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat MKT yang dipengerusikan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
MT UMNO perlu segera adakan pemilihan - Peguam
Menurut seorang pegamal undang-undang, Rizal Abdullah dalam menjalankan fungsi sebagai caretaker, MT UMNO juga tidak boleh membuat sebarang keputusan yang mengubah dasar parti.
UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.