Big Stage 2023: Saya belum bertudung penuh, sebab itu saya.. - Nadeera Zaini

Asyraf Roslan
Mei 22, 2023 04:43 MYT
Busana yang dikenakan Nadeera semasa menyampaikan lagu Rahmatun Lil Alameen mendapat kritikan netizen. Foto Astro/Azrul Rafie
SHAH ALAM: Tidak boleh dinafikan persembahan peserta Big Stage, Nadeera Zaini pada minggu ketiga cukup memukau.
Menyanyikan lagu Rahmatun Lil’ Alameen nyanyian asal Maher Zain meletakkan Nadeera berada di kedudukan selesa pada tangga tiga teratas bersama Putera Mohammad dan Waode yang menyampaikan lagu Sang Dewi.
Bagaimanapun, di sebalik persembahan yang memukau itu, Nadeera “diasak” netizen kerana pakaiannya dikatakan kurang sesuai dengan lagu yang disampaikan.
Mengambil maklum komen netizen terhadapnya, Nadeera tampil menjelaskan tujuan dia mengenakan pakaian tersebut semasa mengadakan persembahan.
Big Stage 2023: Saya belum bertudung penuh sebab tu saya….. - Nadeera Zaini
Nadeera juga memaklumkan bahawa dia akan cuba memperbaiki dan mengambil semua nasihat dan teguran untuk masa akan datang.
Untuk tema “Hari Jiwa Galau”, Nadeera akan menyampaikan lagu Bunga-bunga Cinta nyanyian asal Misha Omar.
Big Stage 2023 bersiaran secara langsung selama 10 minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9 malam dan dipancarkan terus menerusi saluran Astro Ria.
#Big Stage 2023 #Nadeera Zaini #Konsert Mingguan Big Stage