KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mencari mekanisme terbaik bagi meningkatkan keselamatan di Pantai Timur Sabah selepas kawasan itu masih lagi dikenakan perintah berkurung yang sudah lapan tahun lamanya.
Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, sekatan sebegitu menyebabkan industri dan pelancongan di kawasan itu terjejas apatah lagi selepas beberapa negara menasihatkan rakyatnya untuk tidak berkunjung ke kawasan itu.
“Sebab itu saya minta pada kerajaan untuk mengoptimumkan kedudukan pangkalan tentera contohnya di Kota Belud. Kota Belud tidak menghadapi ancaman lanun, ancaman dari luar. Putatan juga, tiada ancaman dari anasir luar.
“Sebab itu kita berharap kerajaan pindahkan dan beri fokus kepada Pantai Timur untuk elakkan ancaman dari negara jiran,” katanya pada sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dalam jawapannya berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melihat semua aspek sebelum membuka pangkalan tentera di perairan Sabah.
“Kita dah lihat semua aspek, isu keselamatan di Pantai Timur Sabah, bahagian sempadan apabila buat perancangan ini. Semua sudah diambil kira.
“Saya boleh beri jaminan, apa yang kita buat, kita sudah buat kajian teliti. Apa pun, ancaman di Sabah adalah di bawah ESSCOM (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah).
“Tapi ATM juga buat rondaan untuk jaga di kawasan pantai Sabah dengan tanggungjawab itu terletak di bawah Briged13,” ujarnya.
Begitupun, katanya, beliau akan membawa cadangan dan isu dibangkitkan Mohd Azis kepada kementerian bagi mengkaji wujudkan keperluan menambah pengkalan tentera di kawasan itu.
Astro Awani
Tue Nov 16 2021
Mohd Azis berkata, sekatan sebegitu menyebabkan industri dan pelancongan di kawasan itu terjejas apatah lagi selepas beberapa negara menasihatkan rakyatnya untuk tidak berkunjung ke kawasan itu. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Veteran ATM di Sabah boleh mohon Rumah Mesra SMJ
Anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah yang tidak mempunyai kemampuan memiliki atau membina rumah sendiri boleh memohon Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).
Siasatan salah guna kuasa pegawai ATM, semua faktor akan diteliti - Adly
Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan melihat semua faktor termasuk pengasingan kuasa agar siasatan berkaitan salah guna kuasa oleh ATM dilakukan dengan lebih terbuka.
Tular: ATM sahkan terima laporan dakwaan salah guna kuasa, kekerasan pegawai kanan
TDM mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak.
Veteran ATM terus disantuni menerusi PPV
Veteran ATM terus disantuni menerusi siri Program Peduli Veteran yang memfokuskan aspek kebajikan veteran dan keluarga.
Polis Perak berkas suspek terlibat 20 kes samun di ATM
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata lelaki warga tempatan berusia 39 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.
Balu pesara tentera bersyukur impian miliki rumah tercapai
Seorang balu kepada pesara tentera terharu dan menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki rumah baharu tercapai selepas lebih 25 tahun menumpang di rumah mentuanya.
ATM pastikan kawalan sempadan negara tahap tertinggi - Mohamed Khaled
ATM konsisten dalam memastikan sempadan negara dikawal pada tahap tertinggi demi mengekalkan kedaulatan negara.