BERA: Di sebalik desakan untuk segera mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak akan terburu-buru melakukannya.
Sebaliknya, kata Perdana Menteri, PRU15 hanya akan diadakan setelah Barisan Nasional (BN) bersedia sepenuhnya.
Menurut Ismail Sabri, apa yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan ialah melakukan penelitian yang mendalam selain mengambil kira semua pendapat sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.
"Setiap keputusan kita akan bincang, kita akan bincang dalam parti… dia (keputusan) tak boleh di (buat) di dalam ada satu kumpulan kecil, yang menjerit-jerit nak pilihan raya maka kita buat pilihan raya.
“Semua keputusan mesti dibincangkan secara serius di dalam parti… ini (pilihan raya) merupakan satu perkara yang besar. Jadi, parti akan bincang dan akan membuat keputusan, selepas itu mungkin beberapa perkara lain juga perlu dilihat… ada prosedur,” kata Ismail Sabri.
Perdana Menteri berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia di sini, pada Ahad.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR 2022
Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan beberapa pihak agar PRU15 segera diadakan susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, keputusan PRN Johor perlu diterima semua masyarakat dan kerajaan yang telah dipilih perlu disokong demi keluarga besar Malaysia bersama-sama bangunkan negara.
"Saya harap selepas kemenangan ini tidak ada perpecahan sesama masyarakat rakyat di Johor… seperti saya kata kita perlukan kerajaan yang stabil untuk membangunkan negeri Johor.
“Semua pihak menang atau kalah terutama perlulah menyokong kerajaan negeri Johor ini untuk membangunkan negeri itu sendiri,” ujar beliau lagi.
Pada PRN Johor yang berlangsung pada Sabtu, BN berjaya membentuk kerajaan negeri apabila meraih kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga.
Gabungan berkenaan memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Johor ke-15.
Keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga menyaksikan PH dan Muda memenangi 13 kerusi sementara Perikatan Nasional menang di tiga kerusi.
Astro Awani
Sun Mar 13 2022
PRU15 hanya akan diadakan setelah Barisan Nasional (BN) bersedia sepenuhnya, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Gambar fail
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Fuziah Salleh dilantik Pengerusi PH Pahang baharu
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang bagi menggantikan Datuk Seri Amirudin Saari berkuat kuasa 26 Ogos.
Muhyiddin mengaku tidak bersalah pertuduhan sentuh 3R, sebut perkataan menghasut
Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri.
Ramanan serah elaun, gaji kepada rumah ibadat sekitar Sungai Buloh
Ramanan mengotakan janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerahkan gaji dan elaun kedua-dua jawatan itu untuk rumah ibadat sekitar Parlimen diwakilnya, hari ini.
"Kita guna logo Pas pada PRU15" - Mohd Azizi ulas isu diarah kosong kerusi
Mohd Azizi yang juga penyandang kerusi DUN Nenggiri berkata dari segi undang-undang, beliau berpandangan Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai untuknya.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).