Bina keyakinan terhadap institusi SPRM - Agenda AWANI bersama Tan Sri Rais Yatim, 8.30 malam ini

Nickyson Nyambar
Januari 14, 2022 11:00 MYT
Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Tan Sri Rais Yatim menyuarakan pandangan serta penjelasan berkenaan isu yang didepani oleh SPRM ketika ini dalam Agenda AWANI, 8.30 malam di saluran 501 Astro AWANI. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Kes berkenaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki belum boleh dianggap selesai kerana ia belum dilunaskan sepenuhnya di peringkat fakta.
Itu antara pandangan yang disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Tan Sri Dr Rais Yatim berhubung isu yang sedang hangat melanda badan yang bertanggungjawab mengelola berkenaan integriti rasuah negara ini, SPRM.
Pelbagai persoalan berkenaan pemilikan saham oleh Azam masih belum terjawab.
Ini termasuk berkenaan jumlah sebenar saham, tarikh pembelian saham, nama pemilikannya serta berkenaan dengan perihal transaksi saham dimiliki.
Rentetan-rentetan ini perlu diselaraskan sebelum sebarang undang-undang dioperasikan dan petua serta regulasi dilandaskan atas dasar fakta.
Beliau dalam masa sama, turut menyuarakan pandangan berkenaan kewajaran skop atau ruang untuk berehat buat Tan Sri Azam Baki ketika siasatan dijalankan.
Ikuti penjelasan, pandangan serta perkongsian lebih lanjut Tan Sri Dr Rais Yatim, malam ini di Agenda AWANI jam 8.30 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.
#Agenda Awani #pemilikan saham #SPRM #Tan Sri Rais Yatim