SHAH ALAM: Kepimpinan tertinggi BN diminta tidak meletakkan calon 'bidan terjun' di kerusi Parlimen Lembah Pantai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, pemilihan calon tidak sesuai dibimbangi mendatangkan kemarahan dan sabotaj dalam kalangan ahli parti itu dan juga kepimpinan UMNO bahagian.
Jelas beliau, UMNO bahagian itu telah menyenaraikan lima nama calon sesuai dan layak termasuk Ketua UMNO Bahagian, Datuk Ramlan Askolani untuk bertanding di Parlimen Lembah Pantai.
"Mustahil tiada seorang (calon) pun yang berwibawa dalam UMNO Bahagian untuk menjadi calon?
"Janganlah anggap UMNO Lembah Pantai ketandusan calon kerana (masih) ramai yang layak," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Muhamad Muqharabbin yang juga Exco Pemuda UMNO memberitahu, kepimpinan tertinggi parti itu diharap membuat keputusan terbaik bagi memastikan BN menang di Parlimen Lembah Pantai.
Ujar beliau, BN diharap tidak meletakkan calon luar yang mempunyai jawatan di peringkat atas sebagai calon di Parlimen itu.
"Kalau dari tahun lepas turun padang dan buat kerja serta berminat menjadi calon di Parlimen ini, bolehlah kami pertimbangkan.
"Ini tidak, tiba-tiba entah dari mana, terus datang sini cuci tangan dengan karpet merah, tiba-tiba jadi calon," jelas beliau.
Menurutnya, UMNO bahagian itu sudah bertungkus-lumus sejak empat tahun lalu untuk membina kekuatan dan perpaduan dalam kalangan ahli selain memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Jangan kerana kami sepakat tidak bergaduh, membuatkan orang lain ambil kesempatan datang dengan suka ria menjadi calon," jelasnya.
Justeru itu, katanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diharap dapat meneliti calon sesuai untuk diketengahkan di Parlimen berkenaan.
"Kita berharap calon anak tempatan diketengahkan BN di Parlimen Lembah Pantai kerana kami lebih tahu apa yang berlaku di sini," tambahnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Oct 12 2022
Muhamad Muqharabbin berharap BN tidak meletakkan calon luar yang mempunyai jawatan di peringkat atas sebagai calon di Parlimen Lembah Pantai. - Foto Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
BN jangan letak calon 'bidan terjun' di Parlimen Lembah Pantai
Katanya, pemilihan calon tidak sesuai dibimbangi mendatangkan kemarahan dan sabotaj dalam kalangan ahli parti.