Barisan Nasional (BN) Sarawak menerima sokongan semua kaum termasuk Cina pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas kerana ia menampilkan dasar-dasar yang baik dan sama rata buat rakyat Bumi Kenyalang.
Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata berikutan keyakinan rakyat terhadap BN, mereka memberi sokongan meluas hingga banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai majoriti pengundi Cina kembali dimiliki BN.
Sehubungan itu, katanya beliau yakin BN akan terus meraih sokongan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti.
"Saya yakin boleh tambah lagi kerusi Parlimen BN pada pilihan raya akan datang," katanya pada Sesi Khas Ketua Menteri Bersama Media - 100 Hari dan Seterusnya di sebuah hotel di sini, pada Sabtu.
Pada PRU13, BN Sarawak membolot 25 daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak semasa kerajaan negeri diterajui oleh Tan Sri (kini Tun) Abdul Taib Mahmud, yang kini Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Pada PRN lepas, BN Sarawak yang diterajui Tan Sri Adenan Satem mencapai kemenangan besar apabila membolot 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.
Abang Johari mengambil alih jawatan Ketua Menteri pada 13 Jan lepas berikutan kematian Adenan pada 11 Jan lepas setelah memimpin kerajaan negeri kira-kira lapan bulan.
Ketika ditanya sama ada beliau melihat isu-isu politik di Semenanjung Malaysia ketika ini 'membimbangkan', Abang Johari berkata beliau tidak tahu 'apa masalah sebenar' politik di sana.
Namun, katanya beliau sentiasa berkongsi pandangan dengan pemimpin negara mengenai apa yang baik, apa yang perlu dilakukan untuk kemakmuran negara selain mengemukakan fakta rasional termasuk mengekalkan budaya berpolitik Sarawak.
Terdahulu, dalam ucapannya pada majlis itu, Abang Johari berkata penekanan paling penting dalam era pentadbirannya adalah untuk meneruskan semua polisi yang diilhamkan oleh Allahyarham Adenan dengan yang paling utama adalah membangunkan kawasan luar bandar.
Dalam era perkembangan teknologi yang begitu pesat, beliau berkata kaedahnya mesti diubah suai dengan kerajaan negeri mencari jalan lebih pantas untuk melonjakkan kemajuan ekonomi dan menerapkan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pelbagai bidang.
Sehubungan itu, katanya beliau memperuntuk RM1 bilion bagi menyediakan keperluan infrastruktur khusus untuk meningkatkan kelajuan dan penembusan internet di Sarawak supaya banyak inovasi baru dapat dihasilkan menerusi kreativiti tenaga kerja Sarawak.
"Kita ada banyak kerja di hadapan. Kita perlu lonjakkan kemajuan ekonomi untuk mencapai taraf yang setara dengan kemajuan di negeri lain, malah kita mahukan lebih dari itu," katanya.
Selain itu, Abang Johari berkata rundingan dengan Petronas berhubung usaha menaikkan kadar royalti minyak untuk kerajaan negeri Sarawak tidak pernah dilupakan dalam agenda kerajaan negeri walaupun ia akan mengambil masa ekoran harga minyak merudum ketika ini.
Pada masa sama, katanya kerajaan negeri berusaha menggesa Petronas untuk turut melibatkan usahawan-usahawan Sarawak meneroka industri minyak dan gas menerusi kerjasama dan pendekatan yang strategik.
Kerajaan negeri turut merancang untuk membina Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang menghubungkan bahagian Kuching, Samarahan dan Serian menjelang 2020.
Sepanjang 100 hari menerajui kerajaan negeri Sarawak, Abang Johari antara lain telah melaksanakan pembelian Empangan Bakun daripada kerajaan Persekutuan, menubuhkan Development Bank of Sarawak (DBOS) serta menekan keperluan kemudahan ICT yang lebih mantap.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 22 2017
Abang Johari berkata berikutan keyakinan rakyat terhadap BN, mereka memberi sokongan meluas.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.