Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyifatkan Kedah sebagai negeri yang paling mudah ditawan semula Barisan Nasional (BN) berbanding negeri lain yang dikuasai pembangkang.

Katanya ini kerana Pakatan Rakyat (PR) hanya menang tipis iaitu sebanyak 1400 undi di keseluruhan negeri itu.

Faktor itu dikuatkan lagi dengan kepimpinan kerajaan negeri sendiri yang mempunyai pergolakan dalaman selain mereka dihimpit dengan isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dan pembalakan yang membuka mata rakyat.

Tambah Ahmad lagi, dengan adanya bekas pemimpin berpengaruh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak mustahil untuk BN Kedah bersatu merampas kembali negeri Jelapang Padi itu.

Ahmad Maslan ditemui pemberita selepas perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian Umno negeri di Alor Setar.